2009 vs 2010

25 Dicember 2009 | 1743 hour

Sekilas | 2009

Apa yang menarik sangat dengan 2009? sedar tak sedar lagi berapa hari je nak melangkah tahun 2010. Kadang-kadang tu tak perasan pun setahun dah berlalu, dengan cepatnya. Rasa baru semalam aku habiskan SPM aku, tetibe aku da habis diploma dan sekarang tengah sambung degree.

Kisah umur, kalau tengok cite pape je kat tv tu, umur 21 tahun dah kira matang bagi seseorang tu. tapi aku tak rasa pun. camne ek? Sebab nak kejar belajar habiskan cepat, tau2 dah habis 2009, pejam celik je. Tak perasan pun.

Kisah study, 2009 rasanya tahun URBAN tuk aku sebab setahun menghabiskan belajar Urban studies je (urban design & urban theory) tu jela yang aku tau, sebab memang setahun ni belajar je. aku pun xberapa igt sgt pe yang aku wat dalam setahun ni. cuma trip yang seronok2 je aku igt. Tempat pegi trip tahun ni, kl, melaka, shah alam, kuantan.

Kisah cinta, pun tak banyak mau ingat. yang manis, manisla, yang pahit, terlampau pahit sampai kene letak gula banyak tuk hilangkan pahit. sakit memang sakit. syg tetap syg. cewahh.. papepun hari2 yang aku lalui sepanjang 2009, if tade die, hidup aku really zero. tak leh nak wat pe. satu keje pun tak jalan. kesimpulan, alia=love. takleh pisah okeh?

Kisah kawan, ade kawan yang baik, ade kawan yang tak baik dan aku pun pernah jadi kawan yang tak baik dan mungkin bg orang aku memang tak baik. tapi tak pela. aku juz kawan. kawan-kawan yang ada amat baik bagi aku. cukup tuk aku kongsi suka lara jiwa hidup aku. so teruskan dengan kawan-kawan yang baik dan yang tak baik, nobody perfect.=)



Becoming | 2010

Bila start je 25 hb dicember, semua orang atau mana-mana je mesti sibuk dengan 2010. macam-macam post azam 2010, bye2 2009, dekat radio, tv semua pasal tahun baru. masa awal muharam hari tu tade pulak yang tanam azam baru kan? maybe ade, atau de yang tak perasan dah masuk muharam.

2010 mungkin tahun yang menarik tuk aku, macam-macam aku fikir tuk majukan diri sendiri. macam-macam aku bayangkan, walaupun aku tau de impian yang tak leh datang sekelip mata. yang penting cuma usaha yang gigih.

aku rasa aku tak pernah pun ada azam sebelum ni. ada pun hangat-hangat tahi ayam, sibuk belajar xperasan pun azam aku tak tercapai. tapi takpa. tuk kali ni, azam aku belajar sampai habis. habiskan cepat2 sebelum aku rasa boring belajar. semasa muda lagi. so t leh keje bagus2.heh.

azam tuk kisah love aku, aku harap hubungan kami lancar, tanpa gangguan orang lain lagi. tak mungkin jadi macam dulu atau kisah perit awal tahun ni. semua aku nak lupakan dan mula dengan hidup baru memandangkan kami makin bertolenrasi masa berbincang dan tiada isu lagi. aku pun dah malas nak gaduh. seyes penat. hepykan diri, hepykan relationship, dapat restu mak ayah pun dah cukup.

jadi itu saja kali ni. tak banyak mende menarik yang nak dikongsi melainkan kalau de kontroversi.hehe..





p/s: azam nak gemukkan badan leh?;p

Blogging to UNBLOCK

LadyLeaya | Putrajaya 2009


..........................................www.ladyleaya.com..........................................

Masa first time aku buat blog, didorong oleh beberapa orang kawan aku dan hobi aku menulis pasal aku kadang-kadang kat friendster and myspace. After aku delete myspace n friendster aku dulu, blogging jadi keje aku. Bukan pasal isu semasa atau pe, tapi pasal pendapat dan pandangan dan macam-macam yang aku lakukan atau aku alami dalam hidup aku.

Respond yang aku terima agak baik. Kira ada jugak yang sudi baca pasal aku kat blog aku ni. Tak kisah. Sebab tujuan aku buat blog bukan tuk tatapan aku sendiri, tapi tuk aku luah apa yang aku rasa. Masa mula-mula aku berblogging, aku follow ramai orang. Lepas tu aku start follow blog mana yang menarik je, yang boleh ajar aku tentang berblogging.

Dalam berblogging, aku masuk lak twitter. Mana users yang menarik, aku follow sebab dowg sentiasa tweet mengenai blog2 yang menarik, pasal kehidupan, kartun, cara guna adobe photoshop, isu semasa, isu agama dll. Banyak bende yang aku belajar.

Ada blog yang pesan atau complain, biasa blogger dikalangan perempuan biasanya akan meluahkan rasa marah, mengutuk, mencaci dalam blog ni. Ada pendapat kata semua tu tak matang. Yes, once dulu aku camtu. sekarang pun ada sikit-sikit lagi.

Apa yang cuba aku sampaikan sini, blogging adalah bende simple dan mudah. Tempat tuk menulis. Takde sape nak halang. Takde sape nak saman (melainkan ianya mengancam negara!). Takde sape kisah. Blogging bende mudah yang cuba disampaikan oleh blogger dan boleh sesuka hati tuk menulis apa sahaja yang digemari oleh blogger. Tiada sekatan, Tiada halangan.

Dulu de gak kawan-kawan aku complain belakang aku, perlu ke semua benda nak cerita dalam blog biar satu dunia tahu. Jawapan aku simple, tak suke baca, jangan bukak. Jangan baca dan jangan cuba-cuba nak meneliti atau taip kat browser mengenai blog aku. Aku tak kisah. okeh? Mudah je, tak payah nak judge aku suke terabur cerita. At least ni cerita pasal aku.

Untuk memudahkan lagi blogger atau follower blog tu trace blog aku, aku tukar dari blogspot ke .com. lebih mudah. lebih menarik. lebih dikenali. Hanya bagi yang berminat mau baca. Dan pada yang lain, anda dialu-alukan tuk menjadi stalker di blog saya. Saya tak kisah. Jika anda tak berminat, boleh jauhkan diri dari blog. Simple bukan?


..........................................www.ladyleaya.com..........................................



p/s: hanya saya. dan saya.

This only | P R E L U D E

Lady Leaya


Sudah lama betul tak update blog. Sekarang tengah menghadapi saat-saat final sem yang amat kelam kabut. Kadang-kadang tak faham dengan semua permintaan. Tapi terpaksa ikut cakap. Really mass... Rasa nak tido and bangun harap semua dah berlalu dengan cepat. (hope so)

Hanya tunggu masa je tuk update blog yang lama aku tinggalkan ni. Please sabar ek...huhu...
Anyway ni just prelude tuk gbr akan dtg..

Hepy Graduation day to all my friends...

Best of Luck




p/s: Membazir dengan print paper saiz A1..argh..

Do you have SOUL?


Apa makna soul tu? korang tahu ke? aku pun kurang pasti..tapi semua melibatkan jiwa dan perasaan... post kali ni bukan tuk nak tau pasal jiwa, atau sakit jiwa, atau gila, atau tidak siuman dan seangkatannya...post kali ni tuk aku bagi pendapat tentang orang yang boleh bercinta banyak kali...


Sebelum tu aku nak bagi definisi orang yang bercinta banyak kali ni... mungkin situasi yang aku maksudkan ialah orang yang sedang bercinta tapi dalam masa yang sama bercinta dengan orang lain, oran yang baru clash lepas tu tak sampai 3 hari dah couple len, orang yang tiap2 tahun tukar cintanya dan seangkatannya..


(ehem2...post yang agak jiwang dan menyentuh hati...)... aku sajer wat post ni sbb aku terlalu memikirkan... bagaimana seseorang tu leh couple banyak kali? bagaimana seseorang tu leh couple ramai2 dalam satu masa? bagaimana seseorang tu ada hati tuk mainkan perasaan orang lain? bagaimana seseoran tu leh tukar clash n bercinta dengan orang len dalam masa xsampai seminggu dua?


Aku asyik fikir tentang hal ni... bagaimana rasanya hati seseorang tu dipermainkan. bagaimana rasanya hati seseorang tu dilukakan.. bagaimana perasaan seseorang tu bila dapat tau couple die curang? hard bukan?


Balik semula pada persoalan yang pertama... aku teringin nak tanya orang yang boleh berubah hati dekat orang lain dengan cepat... antara soalan yang mungkin akan aku tanya...

1. Korang tak pernah teringat kenangan lama korang ke?
2. Korang tak ingat ke anniversary korang?
3. Korang tak ingat ke 1st time korang date?
4. Korang tak ingat ke cemane korang leh jatuh hati dengan si Dia wat pertama kali?
5. Korang tak pernah dilukakan ke?sebab tu korang leh lukakan hati orang lain sesuka hati...?
6. Korang tak rasa perbuatan korang tu menyakitkan hati ker?
7. Bagaimana korang leh teruskan hidup tanpa orang yang korang sayang selama ni?
8. ......dan banyak lagi...


Antara perkara yang bermain dalam fikiran aku... kemungkinan orang yang suka menkan hati orang ni adalah orang yang TOP maksudnya... hensem, lawa, gorjes, smart n so on... mungkin.. tu aku leh pikir dengan logik lagi.. maybe korang demand dengan pe yang korang de, so korang leh tinggalkan couple korang sesuka hati sbb korang dah de pendirian, "petik sekali, sepuluh yang datang..!"....


Itu alasan yang menjelikkan aku dan sesiapa yang pernah dilukai oleh pasangan PERFECT ni... tapi yang aku xleh terima, kadang yang muka tak berapa siap pun de hati nak mainkan perasaan orang lain... xterpikir ke kat hati suatu hari nanti korang pula yang akan dilukakan...??


Aku selalu terfikir, cemana aku nak hidup tanpa orang yang aku sayang selama ni... orang yang jaga aku sejak berapa tahun ni.. cemana aku nak hidup kalau satu hari nanti orang yang kita sayang tinggalkan kita, lupakan kite, tinggalkan kita... orang yang kita sayang termasuk mak ayah kita... adik beradik kita... apa perasaan kita..


Aku tak tahu nak describe cemaner lagi... kenapa korang suka sangat mainkan perasaan orang lain... apa yang korang dapat? Bangga dengan kawan2? Gembira sebab dapat menkan hati orang? mungkin dalam dunia ni ada orang jenis camtu..mungkin tiada kesedaran sampailah satu hari nanti korang akan kehilangan orang yang betul2 korang sayang.. baru korang tau cemana hati korang akan dilukakan, dipermainkan dan akan ditinggalkan... bagaikan disiat-siat... ATAU mungkin korang jenis yang takde hati dan perasaan langsung a.k.a HATI KERING.... elakkan daripada menjadi orang yang begini...


Jadi ni jer tuk post kali ni... aku nak sangat tahu jawapan dari mereka2 ini...mungkin alasan mereka munasabah...?mungkin.... adios... T_T






p/s: post merepek..

Beijing 2009

dari kiri: Shahrul (clasmate aku), Gie (part 5), Jaja (penah masuk post aku dalam engage ceremony dier..), En Azrul (lecturer sporting kami, kecuali dalam studio..garang..haha), Topek (Jaja's fiancee..)

*sila klik pada gambar tuk lihat dengan lebih jelas*



Beijing May 2009 - Landscape Architecture's Department trip


Post ni tuk kawan-kawan aku yang telah sampai ke Beijing akhir bulan5 yang lepas... tengah aku usha gambar-gambar dwg, ternampak folder Beijing... (uhuk3..jelesnye....)... Patut nye aku pegi gak trip ke Beijing ni tapi sbb tak cukup bajet, terpaksa tolak.. (kalaulah aku de Ptptn..huhu)...


Anyway, aku tumpang bangga n gembira sebab kawan aku de gak yang dah sampai yang Beijing... yang paling aku jeles dwg da sampai kat Olympic Stadium kat Beijing tu!!! uwaa..... nak ikut.. selama ni aku search dapat tgk kat internet..tapi dwg da sampai n leh lihat ngan dua biji mata sendiri...


Papepun, department Landscape Architecture memang best... aku harap satu hari t aku ley jejak kaki aku kat sana... Beijing..Huwaaaa!!!!!




p/s: En Azrul beli pe tuk kami warga RANTING yang xg..huhu..nak ikut.... T_T

be PROFESsIONAL...



7 Jun 2009




i think i can be a Professional person..(if i can....either!)


Today, just my luck, i met someone who HURT my heart with their words...


She just seat next table when i having my dinner wif Mama n Ayah...


I'm only drink a cup of teh tarik....(terasa nak baling teh tu!)


I'm really mad at her...and i try to be professional...


I call my friends, to tell my anger in that time...


They just laugh on me..(da tau kami berborak cemana.)


I make a mistake coz i didn't have a seat with her...(oo tau lak tak pandang aku langsung!)


I hope i pass my last sem paper, Landscape Architecture Practice which taught me how to be a Professional WOMAN..


So i learned..


I just do not want to remember about past


past is past


but her in my mind..(rase nak cekik!)


i hope she learned to do not ruin my relationship again...


i'm also thank to her actually....really2 thanx..but sory not for the other word that she told me..she just rude to me!



i can be a Professional...









p/s: kalaulah aku dapat baling sup panas tu...huh


Mimpi Ngeri

Dalam minggu ni aku memang kuat tido, tido petang, malam pagi sbb dah tak tahu nak wat pe...so, aku redeem lik tdo2 aku yang xcukup selama ni sbb menghabiskan masa menyiapkan kerja-kerja final project sem lepas.. Walaupn seme da lepas tapi, final project last sem betul2 menghantui aku lagi2 studio master aku tuh..aku pun tak tau nape...




Situasi pertama: Aku mimpi lepas last presentation and review arituh, kitorang satu studio dapat lik bod2 kitorang untuk siapkan kat dalam studio gak, hari yang sama n kene siapkan sampai siap..kat studio sebelah lak de senior Part 6 silibus LAD tgh present gak ngan studio master ktorg..aku tgk de yang lawa, de yang tak tapi dpat pujian dari studio master kami.. pelik tul...Bila masuk studio kito org, lecturer aku tu masuk sambil marah2 kitorg tak siapkan n siap de koyok lagi kat kepala die. Lagilah aku takut sbb kitorng dah wat die pening kepala sangat2..Lepas tu, nak makan pun serba salah n nak g minum pun serba salah...Lepas tu aku tus terjaga dari tido n pikir balik, presentation da lepas kan...da tade kene siapkan lik kan?hu..seb bek...





Situasi kedua: Aku duduk kat asrama, kawan2 aku semua ada, syu, yana, anes, nor, syidah, pija, zai, linda, ika,syifa, yanti n mursyida,..masa tu aku baru lik dari rumah, aku masuk asrama tu, aku tgk yana nyer bod da siap, siap tambah sketches lagi gitu..aku ni buat ala kadar je sbb buat ikut requirement yang die nak je...aku dah gelabah..satu hari tu disebabkan semua da tension wat keje, kawan2 aku lari dari asrama tu sbb da tak sanggup ngadap semua bod...aku g dating ngan rokhairi kat Mall mane ntah...lepas da lari beramai2, aku jumpe syu, syu ckp dwg seme da balik lik asrama sbb takut lak keje xsiap..so tgl aku ngan syu je kat Mall tu...mase tu otak aku da benak sungguh sbb ari tu ari Ahad, kene present ari Isnin esoknye,aku xsiap lagi, mase da suntuk tapi aku leh jalan2 lagi..aku pun balik asrama n tgk nor, syidah seme laju je wat keje.....dan...............aku terjaga lagi...adoi..nape sik mimpi pasal final presentation je!!kan semua da lepas...





Conclusion: aku risau tul kalau tak dapat result yang bagus sem lepas..duit mama ayah da banyak aku habiskan, tp kalau keputusan kua, pointer aku jatuh lagi cemana...hurm...tension tul bila pikir lik mimpi2 ni...sik mimpi bende yang same yang buat aku sakit hati sgt2...









p/s: Alia, lenkali bangun awal da tak yah tdo..huh!

Don't judge a book by Its cover...


Teringat mase pergi trip ke Melaka bulan dua lepas..masa tu kitorang kene round satu bandar tuk cari jalan yang terbaik tuk sequential for urban studies... penat jangan cakaplah...3 hari lalu jalan yang sama sebab nak elak same dengan group2 yang lain...

Ada satu petang tu, syu (my classmate) dengan dak2 group dier, pegi surau dekat2 situ..die citer, tengah die da nak siap or sebelum, (xingat sangat, sory syu..), ada satu family ni masuk...mak die, anak2 die.. mak die ni boleh tahanla dress up...sexy...rambut pun berkaler..anak-anak die pun leh key-el jugaklah orang kata..

Syu pun pandang je orang2 ni...masa ni terpikir gak, sah ke solat ngan rambut berwarna sana sini tu?

tiba2, anak2 perempuan die ni tanya "mama nak jamak ke tak ni?"

.................................................................xoxoxoxoxoxoxoxo.......................................................................

ha...kan dah sentap,...dari ingat tak tau solat, tus tau jamak Qasar segala...hurm...

Papepun, kite tak leh menilai orang sekali pandang je...yang pakai tudung tak tentu cukup semayang,,,kadang2 de mis gak..yang tak kai tudung, maybe solat dowg lagi cukup dari yang kai tudung...

Kita tak tau Allah terima yang mana... Tak Sama Tapi Serupa...lebih kurang cam tu la...

so..DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER


p/s : Saper kita tuk menilai orang..teringat petang tadi anes cakap de surat Uitm datang sbb die xpulang buku libarary...hehe..cian..abaikan..

Kepercayaan..

Si A : boleh x awak percaya kat saya lepas baper tahun kiter bersama?

Si B : Saya tak boleh tapi saya cube..

Si A : Kite kene salin percaya...

Si B : Kite takkan hepy...

p/s: percaya kan orang yang kita sayang tuk kita dapat kepercayaan dari dia...

Keletah murid orang Asli...

Along my 1st sister, mengajar kat sekolah rendah orang asli...orang asli ni memang tak pandai membaca apatah lagi mengeja.... memang lawak kalau dengar cerita daripada Along kalau balik sekolah tu... contohnya..

Cikgu : Ok murid2, cuba eja ni...A-YAM- AYAM...

Kelas : A-YAM- AYAM

Cikgu : Ok Sabrina, (nama diorang ni semua meletop2 tau!) cube eja balik semula...

Kelas : Erm..erm.. A-YAM- BAJU!

Cikgu : Hah?nape bunyi nye jadi lain??

Hahaha....xtahan tul..teringat lak citer P.Ramlee Pendekar Bujang Lapuk..kes yang same vume dalam bahasa jawi dan melayu je yang lain..haha..

Hari Guru Lepas Along hantar murid ke pertandingan menari peringkat daerah Kuala Langat dekat Dewan Sri Jugra..(Sekolah ni pernah wat persembahan dekan Istana Budaya tau, depan ister12 Perdana Menteri..)..

Dalam beberapa sekolah bertanding, sampailah diumumkan keputusan..

Pengacara : Johan pertandingan Menari adalah....SK Sg Bumbun...(Sekolah dak2 ni lah tu!)

Murid2 : (tepuk tangan kuat2)..Oh..kita menang la..kita menang...

Cikgu : (tgk murid2 tu sambil tanya)..Korang menag dapat no bape ni..?

.............

Seorang murid menunjukkan jari...dengan konfiden!

Murid2 : 3 cikgu!!

Cikgu : (tepuk dahi!) Adoi..JOHAN tu maknenye no 1 la...!!

Murid2: (sambil tolak2 kawan2 mereka) ooOO....no 1 la..kita dapat no 1!!!!

......................

Susah budak2 lambat faham ni,...hahaha...