Blogging to UNBLOCK

LadyLeaya | Putrajaya 2009


..........................................www.ladyleaya.com..........................................

Masa first time aku buat blog, didorong oleh beberapa orang kawan aku dan hobi aku menulis pasal aku kadang-kadang kat friendster and myspace. After aku delete myspace n friendster aku dulu, blogging jadi keje aku. Bukan pasal isu semasa atau pe, tapi pasal pendapat dan pandangan dan macam-macam yang aku lakukan atau aku alami dalam hidup aku.

Respond yang aku terima agak baik. Kira ada jugak yang sudi baca pasal aku kat blog aku ni. Tak kisah. Sebab tujuan aku buat blog bukan tuk tatapan aku sendiri, tapi tuk aku luah apa yang aku rasa. Masa mula-mula aku berblogging, aku follow ramai orang. Lepas tu aku start follow blog mana yang menarik je, yang boleh ajar aku tentang berblogging.

Dalam berblogging, aku masuk lak twitter. Mana users yang menarik, aku follow sebab dowg sentiasa tweet mengenai blog2 yang menarik, pasal kehidupan, kartun, cara guna adobe photoshop, isu semasa, isu agama dll. Banyak bende yang aku belajar.

Ada blog yang pesan atau complain, biasa blogger dikalangan perempuan biasanya akan meluahkan rasa marah, mengutuk, mencaci dalam blog ni. Ada pendapat kata semua tu tak matang. Yes, once dulu aku camtu. sekarang pun ada sikit-sikit lagi.

Apa yang cuba aku sampaikan sini, blogging adalah bende simple dan mudah. Tempat tuk menulis. Takde sape nak halang. Takde sape nak saman (melainkan ianya mengancam negara!). Takde sape kisah. Blogging bende mudah yang cuba disampaikan oleh blogger dan boleh sesuka hati tuk menulis apa sahaja yang digemari oleh blogger. Tiada sekatan, Tiada halangan.

Dulu de gak kawan-kawan aku complain belakang aku, perlu ke semua benda nak cerita dalam blog biar satu dunia tahu. Jawapan aku simple, tak suke baca, jangan bukak. Jangan baca dan jangan cuba-cuba nak meneliti atau taip kat browser mengenai blog aku. Aku tak kisah. okeh? Mudah je, tak payah nak judge aku suke terabur cerita. At least ni cerita pasal aku.

Untuk memudahkan lagi blogger atau follower blog tu trace blog aku, aku tukar dari blogspot ke .com. lebih mudah. lebih menarik. lebih dikenali. Hanya bagi yang berminat mau baca. Dan pada yang lain, anda dialu-alukan tuk menjadi stalker di blog saya. Saya tak kisah. Jika anda tak berminat, boleh jauhkan diri dari blog. Simple bukan?


..........................................www.ladyleaya.com..........................................



p/s: hanya saya. dan saya.

0 comments:

Post a Comment