2009 vs 2010

25 Dicember 2009 | 1743 hour

Sekilas | 2009

Apa yang menarik sangat dengan 2009? sedar tak sedar lagi berapa hari je nak melangkah tahun 2010. Kadang-kadang tu tak perasan pun setahun dah berlalu, dengan cepatnya. Rasa baru semalam aku habiskan SPM aku, tetibe aku da habis diploma dan sekarang tengah sambung degree.

Kisah umur, kalau tengok cite pape je kat tv tu, umur 21 tahun dah kira matang bagi seseorang tu. tapi aku tak rasa pun. camne ek? Sebab nak kejar belajar habiskan cepat, tau2 dah habis 2009, pejam celik je. Tak perasan pun.

Kisah study, 2009 rasanya tahun URBAN tuk aku sebab setahun menghabiskan belajar Urban studies je (urban design & urban theory) tu jela yang aku tau, sebab memang setahun ni belajar je. aku pun xberapa igt sgt pe yang aku wat dalam setahun ni. cuma trip yang seronok2 je aku igt. Tempat pegi trip tahun ni, kl, melaka, shah alam, kuantan.

Kisah cinta, pun tak banyak mau ingat. yang manis, manisla, yang pahit, terlampau pahit sampai kene letak gula banyak tuk hilangkan pahit. sakit memang sakit. syg tetap syg. cewahh.. papepun hari2 yang aku lalui sepanjang 2009, if tade die, hidup aku really zero. tak leh nak wat pe. satu keje pun tak jalan. kesimpulan, alia=love. takleh pisah okeh?

Kisah kawan, ade kawan yang baik, ade kawan yang tak baik dan aku pun pernah jadi kawan yang tak baik dan mungkin bg orang aku memang tak baik. tapi tak pela. aku juz kawan. kawan-kawan yang ada amat baik bagi aku. cukup tuk aku kongsi suka lara jiwa hidup aku. so teruskan dengan kawan-kawan yang baik dan yang tak baik, nobody perfect.=)



Becoming | 2010

Bila start je 25 hb dicember, semua orang atau mana-mana je mesti sibuk dengan 2010. macam-macam post azam 2010, bye2 2009, dekat radio, tv semua pasal tahun baru. masa awal muharam hari tu tade pulak yang tanam azam baru kan? maybe ade, atau de yang tak perasan dah masuk muharam.

2010 mungkin tahun yang menarik tuk aku, macam-macam aku fikir tuk majukan diri sendiri. macam-macam aku bayangkan, walaupun aku tau de impian yang tak leh datang sekelip mata. yang penting cuma usaha yang gigih.

aku rasa aku tak pernah pun ada azam sebelum ni. ada pun hangat-hangat tahi ayam, sibuk belajar xperasan pun azam aku tak tercapai. tapi takpa. tuk kali ni, azam aku belajar sampai habis. habiskan cepat2 sebelum aku rasa boring belajar. semasa muda lagi. so t leh keje bagus2.heh.

azam tuk kisah love aku, aku harap hubungan kami lancar, tanpa gangguan orang lain lagi. tak mungkin jadi macam dulu atau kisah perit awal tahun ni. semua aku nak lupakan dan mula dengan hidup baru memandangkan kami makin bertolenrasi masa berbincang dan tiada isu lagi. aku pun dah malas nak gaduh. seyes penat. hepykan diri, hepykan relationship, dapat restu mak ayah pun dah cukup.

jadi itu saja kali ni. tak banyak mende menarik yang nak dikongsi melainkan kalau de kontroversi.hehe..





p/s: azam nak gemukkan badan leh?;p

0 comments:

Post a Comment