Saya BENCI orang ke 3


Saya benci. Terlampau benci kepada orang yang suka sangat menggangu hubungan  orang lain walaupun dia dah tau orang lain tu dah berpunya. Dengan alasan, "belum kahwin lagi!" ataupun "ala, baru kapel, selagi belum kahwin sape2 leh rebut!" ataupun "ala, baru bertunang, belum nikah lagi". Seriously, Kepala hotak tah apa-apa la bagi mereka yang berfikiran begini. Ni baru kapel kan, sok-sok dah kahwin, "ala, orang tu dah kahwin, lelaki kan kuota 4, de 3 kosong lagi". Apa kes???


Saya tak tujukan kepada sesiapa post kali ni. Cuma saya nak luah kan rasa tak puas hati. Sebab saya pernah rasa. Memang sakitnya menikam-nikam bila kekasih kita mula berpaling, bagaikan kekasih kita dah kene 'nasi kangkang' perempuan lagi sorang tu. Lelaki, memang tak rasa apa, lama-lama salah kita yang kecik pun, jadi besar. Seme bende kecik nak dibesar-besarkan. Walhal, masa mula bercinta, kentut pun wangi. Bila dah jumpa lain, kentut pun jadi salah.


Pesanan buat perempuan di luar sana, kalau dah tau lelaki tu dah berpunya, boleh tak cari orang lain yang single. Memang betul, kat bumi ni, lelaki dah sikit, tapi ramai lagi yang tak berpunya. Kenapa boyfriend orang gak yang kau nak kebas. Macam la tak de laki lain kat dunia ni. Ingat, sekali kau buat, janganlah kau mengeluh kalau lelaki yang sama, tinggalkan kau untuk orang lain. Yang lelaki pula, tak mustahil perempuan macam ni boleh tinggalkan kau, untuk bercinta dengan lelaki lain. Karma tu akan selalu terjadi.


Cakap pun tak guna. Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Cinta tu hanya bagi yang memahami. Bagi saya, lelaki begini memang tak macho 100%. Yang perempuan pula, dasar memang dasar. Dasar tak faham bahasa. Hanya pentingkan diri. Tak fikir perasaan orang lain. Biarlah mereka yang begini hidup dalam dilema. Doa orang teraniaya memang selalu makbul. Tapi, saya doakan yang baik-baik sahaja. Moga Tuhan bagi kesedaran bagi orang begini. Betapa besar dosanya, melukakan hati orang. Orang yang tak bersalah.





p/s: Screen-Orang yang ku sayang-sayang. Boleh karoeke lagu ni.

Syarat-syarat untuk blogging!



Baru-baru ni baru joint sahabat blogger. Giler ramai dan banyak blog yang tinggalkan trace lau posting kat situ. banyak gak blog yang saya baca. Ada gak blog yang famous. Kalau dia tinggalkan komen, berpuluh-puluh yang like, yang comment. Tapi saya taklah sehebat tu. Post kali ni saya nak cite sikit untuk SYARAT berblogging.=)



1. Jangan kecik kan gambar.
Banyak blogger suke upload gambar. Ketahuilah, gambar anda lagi menarik untuk ditonton dari tulisan. Jadi sila-sila besarkan gambar anda sebersar yang fit-fit column tuk posting tu. Gambar yang besar, lagi menarik orang nak baca isi kandungan blog anda.:)



2. Jangan terlampau guna short form.
Ada segelintir(segelinitir je tau!) blog yang saya menarik nak baca, short form selagi yang boleh. Sampai kadang-kadang tak faham langsung pe yang beliau nak sampaikan. -_-". Tak salah kalau nak tulis sependek yang mungkin, tapi tuk post kat blog pun bukan de limit patah perkataan macam twitter kan? so leh tak janganlah shortformkan perkataan-perkataan. Kesian saya yang tak dapat baca...T_T



3.Jangan tulis isu sensitif
Memang berblogging ni unutk sesiapa sahaja tanpa halangan. Tapi sebagai manusia yang bereducated, sila-sila jangan tulis isu sensitif semata-semata nak naik kan traffic kat blog anda semata-mata gak nak orang lain klik nuffnag or adsense anda. Bagi saya, anda post isu sensitif, wat orang marah, kemudian nuffnag anda jadi tinggi, dah tentu-tentu duit nuffnag or adsense tu macam tak berkat. (yeke?mungkin kut)



4.Jangan suka letak banyak animation
Erm, yang ni saya rasa ramai di kalangan blogger gurl la. kalau leh semua benda blink-blink nak di letak kat blog. Pastu slow gila. Tak dapat saya nak baca post dia. Suh singgah blog dia, tapi nak scroll bawah pun tak leh, lastly terpaksa tekan butang exit jela.T_T



4.Jangan letak banyak sangat adsense leh tak?
Yang ni paling saya benci, tekan satu, link ke satu lagi. Pastu hilang. Terasa macam virus bersepah-sepah kat blog dia. isk isk isk. T_T Tau dah, dah tu memang taktik nak dapat duit kan. Bagi saya content lagi penting daripada nak dapat duit dari orang tak nak dah masuk blog anda.:(



6. Jangan follow orang semata-mata nak orang follow blog kita.
Hurm, saya rasa ramai di antara blogger kalau leh nak kumpul follower beriban-riban yang mungkin. Saya rasa, blogging ni bukan lah facebook untuk anda kumpul kawan seramai mungkin. Cuba ikhlas sikit nak follow blog orang lain tuh. haish.T_T



7. JANGAN IKUT NASIHAT SAYA DARI 1-6
Ni paling best. Hahah. Ok, blogger ni tuk sapa sahaja. Siapa kita untuk menghalang dowg dari menulis, mengikut, mancatit, mencopy. pedulikaa sahaja syarat tuk blogging ni. Asalkan semua orang happy. Tapi lau anda tak happy, bukan salah saya ek.:) Saya pun bukan president blogger-blogger tuk nak bagi syarat ni. Apada...:D




p/s: tengah fikir tajuk tuk thesis sem depan.T___T