Saya BENCI orang ke 3


Saya benci. Terlampau benci kepada orang yang suka sangat menggangu hubungan  orang lain walaupun dia dah tau orang lain tu dah berpunya. Dengan alasan, "belum kahwin lagi!" ataupun "ala, baru kapel, selagi belum kahwin sape2 leh rebut!" ataupun "ala, baru bertunang, belum nikah lagi". Seriously, Kepala hotak tah apa-apa la bagi mereka yang berfikiran begini. Ni baru kapel kan, sok-sok dah kahwin, "ala, orang tu dah kahwin, lelaki kan kuota 4, de 3 kosong lagi". Apa kes???


Saya tak tujukan kepada sesiapa post kali ni. Cuma saya nak luah kan rasa tak puas hati. Sebab saya pernah rasa. Memang sakitnya menikam-nikam bila kekasih kita mula berpaling, bagaikan kekasih kita dah kene 'nasi kangkang' perempuan lagi sorang tu. Lelaki, memang tak rasa apa, lama-lama salah kita yang kecik pun, jadi besar. Seme bende kecik nak dibesar-besarkan. Walhal, masa mula bercinta, kentut pun wangi. Bila dah jumpa lain, kentut pun jadi salah.


Pesanan buat perempuan di luar sana, kalau dah tau lelaki tu dah berpunya, boleh tak cari orang lain yang single. Memang betul, kat bumi ni, lelaki dah sikit, tapi ramai lagi yang tak berpunya. Kenapa boyfriend orang gak yang kau nak kebas. Macam la tak de laki lain kat dunia ni. Ingat, sekali kau buat, janganlah kau mengeluh kalau lelaki yang sama, tinggalkan kau untuk orang lain. Yang lelaki pula, tak mustahil perempuan macam ni boleh tinggalkan kau, untuk bercinta dengan lelaki lain. Karma tu akan selalu terjadi.


Cakap pun tak guna. Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Cinta tu hanya bagi yang memahami. Bagi saya, lelaki begini memang tak macho 100%. Yang perempuan pula, dasar memang dasar. Dasar tak faham bahasa. Hanya pentingkan diri. Tak fikir perasaan orang lain. Biarlah mereka yang begini hidup dalam dilema. Doa orang teraniaya memang selalu makbul. Tapi, saya doakan yang baik-baik sahaja. Moga Tuhan bagi kesedaran bagi orang begini. Betapa besar dosanya, melukakan hati orang. Orang yang tak bersalah.





p/s: Screen-Orang yang ku sayang-sayang. Boleh karoeke lagu ni.

4 comments:

cik chocomint said...

betul tu..sangat menyampah dengan perempuan camni..tergedik2.. dah tahu orang punye pon nak jugak..haishhh

Kucing said...

lala....go miow

Solahuddeen said...

ntahnyer. laki banyak kot. aku ni sampai tader orang nak (nak bubuh gak wakakaka)

Lady Leaya said...

kau gak yang best din..sila tglkan link, kut de org nk kat kau..haha

Post a Comment