Mentality

Putrajaya | 2009

Putrajaya memang unik dengan pembangunan yang membangun diilhamkan oleh Tun Sri Dato Sri Dr  Mahathir Mohamad yang mengenengahkan Putrajaya dengan konsep Garden City di mana pusat pentadbiran dikumpulkan dalam satu tempat yang khusus untuk dijadikan Pusat Pentadbiran Malaysia pada masa akan datang bila mana pentadbiran di Kuala Lumpur akan di bawa semua ke Putrajaya.


Bangga dengan beliau dan para Architecture yang terlibat dalam pembikinan Putrajaya. Rumah-rumah kat situ pun sama dalam konsep Garden City, kalau kita tgk, takdepun rumah yang berpagar melainkan di'pagar' oleh tumbuhan renek sebagai 'barrier' antara satu rumah dengan satu rumah yang lain.


Akhir tahun lepas, aku pergi lagi ke Putrajaya. Sebelum-sebelum ni pergi hanya kerana Site visit. Seronok kos aku bukan? Trip ke Putrajaya. Mungkin bagi orang lain, biasa saja bila dengar Putrajaya, tapi bagi kami setiap space ada maksud yang tertentu. 


Cerita pergi ke Putrajaya, aku sempat singgah dengan family aku ke sebuah masjid yang diberi gelaran Masjid Besi. Aku tak mau cerita pasal masjid walaupun masjid ni sangat unik bila semua diperbuat dari Metal dan Glass.. Air-cond pun tade. Jemaah lelaki dan perempuan ditempatkan dalam satu tempat tanpa penghadang.


Lepas pergi Masjid Besi, merayau pula ke Menara Alaf Baru, scene memang cantik, yang pasti orang kat Putrajaya ni rajin keluar petang-petang, ada yang main basikal, ada yang berjogging, ada yang beriadah... Dekat menara alaf baru pulak, dekat setiap dinding adalah kaca yang mencatatkan setiap tahun-tahun sebelum wawasan 2020.


Terdengar bisik-bisik seorang perempuan, berdua mungkin dengan boyfriend die, berjalan-jalan sambil membaca sejarah yang terukir di setiap kaca. Lepas tu terdengar dia bersuara " Membazir duit rakyat je buat semua-semua ni" Lepas tu mereka bertekak dua orang mempertikaikan faedah yang ada.


Bisik aku dalam hati, kalau la tak berfaedah wat apa kau jejak kaki kat sini, kat tanah Putrajaya ni. Sesetengah orang bukan tau menghargai benda yang ada depan mata malah mempertikaikan. Mungkin pada mata mereka, Menara yang tinggi tu membazir, bukan ke sejarah boleh dibeli di kedai buku. Hati aku rasa nak sound je kakak tu. Tapi biarlah, mungkin mentaliti orang Malaysia masih ada yang di takuk lama.


Kenapa Mahathir bina KLCC bukan 5 tingkat je tapi beratus tingkat? Kenapa Mahathir tak bina pusat pentadbiran diceruk kampung saja tanpa fikirkan nilai artistik dalam pentadbiran tersebut? Orang Malaysia, tujuannya untuk jadikan semuanya Landmark, untuk Malaysia dikenal kat dunia luar bukan kerana politik atau segalanya. Tapi nak buktikan Malaysia mampu segah negara lain.







p/s: Mentality yang cetek

0 comments:

Post a Comment