Bangga?

 
Konvokesyen | 2009

Sebelum aku masuk Universiti dulu, aku amat mengharapkan aku dalam bidang Architecture. Bidang yang aku minat dalam seni, artistik, gaya, gah. Basic dalam Lukisan Kejuruteraan dengan harapan aku dapat sambung dalam bidang Architecture.


Tapi aku rasa aku tak layak dalam bidang tersebut memandangkan subjek Sains aku hanya kredit dan yang dibanggakan hanya Fizik masa Spm dulu yang mungkin rezeki aku aku dapat 4kredit. Alhamdulillah. Mungkin rezeki aku walaupun aku tau otak aku memang agak bebal menghadap benda-benda Sains ni.huhu...


Masa apply dalam borang IPTA dulu pun, 1st choice aku memang Diploma Landscape Architecture. Memandangkan aku tak faham apa erti Architecture yang sebenar, jadi apa-apa yang ada perkataan Architecture atau yang berkaitan semua aku pilih.


Second choice aku baru Architecture kat Uitm, Utm, Uia, dan kebanyakan yang aku minta dalam Uitm. Dan dengan rezeki lagi sekali dengan keadaan pergi interview tergesa-gesa, aku pun orang perempuan pertama yang masuk bilik interview tu, En Abu Hassan yang interview aku, soalan dalam bahasa inggeris, yang aku kurang untuk jawab sebab lidah aku amat payah nak ber'speaking', Alhamdulillah aku diterima masuk dalam kos tersebut.


Pernah aku terfikir nak tukar kos, tapi lepas satu sem di'basuh' dengan lecturer menerangkan apa itu Landscape Architecture yang sebenar, aku redha ngan kos yang aku amik dan tak bercadang pun untuk tukar kos. Jalan yang betul ke aku pilih?


Asal balik atau jumpa sedara-mara, mesti soalan pokok yang ditujukan kat aku. Sesungguhnya aku amat berat hati nak jawab sebab aku tak suka pokok dan bidang aku bukan segala-galanya tentang POKOK. Aku lebih suka jika ada orang faham Landscape Architecture sebenarnya seperti KLCC Park, Lumut Waterfront, Putrajaya.


Tangan aku lak memang jenis yang panas, bukan mudah pokok nak hidup subur kalau aku yang tanam dan sebenar-benarnya bukan aku yang minat pada pokok. Basic tau species, cara hidup pokok pun aku rujuk buku. Yang mana hafal, aku hafal.


Bila tengok National Geography mengenai Architecture, aku amat berminat, tengok bangunan yang dibina bertingkat, berlipat-lipat, complicated!..serius aku sangat suka. Mungkin aku tiada rezeki lagi ke arah bidang tu atau aku memang tak layak ke arah Architecture, Cukupla sebagai Landscape Architecture yang sinonim dengan Khalifah Allah di muka bumi sebab kami yang akan jaga Nature..








p/s: Building yang sangat menarik

0 comments:

Post a Comment