Post Khas: Tak d i j a n g k a

Allahyarham Mohd Hafiz Abbas 4 Jan 1988 - 14 March 2010

Hari Ahad lepas, 14 March 2010, dalam pukul 12 tengah hari dapat call dari member sekolah saya, Lyna Liyana, dari UMP telefon, agak terketar suara beliau tanya pada saya ada buka facebook atau tak. Lihat page seorang kawan sekolah kami, penuh dengan ucapan takziah dan ucapan sedih.

Saya terus telefon member-member sekolah lama tanya berita terkini memandangkan saya turut demam pada hari tersebut. Dalam 20 minit kemudian saya terus buka facebook beliau memang berderau darah walaupun arwah baru je online malam sebelumnya.

Terus saya telefon kawan saya, Anis Farehah, cerita beliau, baru berym dengan arwah malam sebelum arwah meninggal. Arwah ada cakap arwah demam dan tertidur masa ym dengan kawan saya ini. Memang rasa nak menitis air mata walaupun tak rapat dengan arwah.

Kami kenal arwah masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 Sek Men Keb Telok Panglima Garang. Memandangkan bilangan kami sedikit sahaja yang duduk asrama pada masa tu, jadi kami tahu arwah bagaimana. Walaupun agak pemalu dan kurang berkata-kata tapi arwah selalu tersenyum.

Baru dapat trace arwah lepas beberapa tahun tak jumpa. Alhamdulillah arwah masih apprrove saya dan sempat bercomment di facebook bila arwah akan habis belajar. Arwah sempat wish gud luck memandangkan kami akan konvo degree sama tahun walaupun arwah amik matrix dulu dari saya.

Berita arwah meninggalkan kami semua memang mengejutkan semua orang dan rakan-rakan sekolah masih terperanjat dan tak percaya. Mengikut sumber kawan-kawan arwah, arwah berada di Kolej beliau di Melaka, arwah demam panas, dan pengsan terus dibawa ke Hospital Melaka, jantung arwah berhenti ketika dalam perjalanan ke hospital.

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah

.....................................xoxoxoxoxoxoxox.....................................
Lagu dari Kumpulan Hijjaz- Kau Sahabat Kau Teman
(Lagu yang dimainkan semasa montaj khas arwah Yusri Lakat, rakan batch saya yang pergi juga)

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati




p/s: Ajal dan maut di tangan Tuhan, sekelip mata orang yang kita kenal tinggalkan kita tanpa beri petanda

0 comments:

Post a Comment