Kenapa Menulis?

*Lady Leaya*


Saya.
Sudah mula boleh menulis di blog saya kembali. Setelah hampir 2 bulan setengah peristiwa pahit berlaku dalam hidup saya, kini saya yakin yang saya tak akan kehilangan orang yang amat saya sayang lagi. Saya hanya akan luahkan dalam bentuk tulisan tentang perasaan saya, bukan lagi dalam caci maki.


Kenapa saya menulis? Kadang-kadang saya merupakan seorang yang amat memendam atau dengan kata lain saya hanya memandang, saya hanya komen apabila saya betul-betul rasa tidak puas hati. Yang lain, saya hanya pendam. Saya perlu muhasabah diri saya. Bukan kerana saya sombong dengan orang lain, saya hanya mengambil langkah berjaga-jaga agar percakapan saya tidak di salah anggap oleh orang yang kurang faham.

Saya lebih gemar menulis blog, biar orang tahu isi hati saya bukan melalui mulut saya. Saya tak harap semua orang akan baca blog saya, sebab bukan itu yang saya harap. Perasaan menulis blog, saya saja yang tahu. Lega bila semua yang di pendam dapat diluahkan di internet, tanpa mendengar orang lain komen di hadapan saya. Saya tak kisah.


Saya tahu, banyak  yang saya perlu belajar dalam hidup ini. Tak semua perkataan patut kita luahkan. Kadang-kadang bila amarah saya ke tahap yang maksima, saya kan lepas cakap ikut sedap mulut saya tanpa fikir perasaan orang lain. Saya mula berjaga-jaga. Lebih berdiam diri, biarlah orang panggil saya sombong, saya ada sebab saya sendiri. Dari melukakan hati orang terdekat, lebih baik berdiam diri, memakan hati, memaksa untuk senyum dan hanya mengeluh sedikit untuk legakan hati.

Saya suka baca semula apa yang saya tulis dalam blog ini. Kadang-kadang boleh ingatkan saya betapa kesalahan besar yang saya buat, peringatan untuk diri saya sendiri. Sesungguhnya, saya masih belajar untuk muhasabah diri. Perjalanan hidup saya, hanya Allah yang tahu. Takdir saya, Allah yang tentukan. Saya, hanya usaha, doa dan tawakal agar segala-gala dalam hidup saya menjadi lebih baik.


P/s: Maaf saya bukan insan sempurna.

20 Ogos 2010 | terima kasih

.20 Ogos 2010.

"She never give up on me.she never make me sad,she wait 4 me no matter what..my dear,i love u..i'll make everything good 4 us both..don't leave me.-Mohamad Rokhairi Mat Dahan"


Hari ni, saya rasa awak dah betul-betul pulang kat saya.
Kalau betul, Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya.
Doa saya dan air mata saya hanya untuk awak.
Terima kasih sebab saya dah boleh senyum semula.
Terima kasih sebab saya dah terus terang pada semua yang saya amat perlukan awak dalam hidup saya.
Terima kasih sebab saya rasa baru-baru ni saya rasa awak dah pulang kat sisi saya.
Terima kasih sebab awak masih sayangkan saya.
Saya tahu tindakan saya betul, dan saya hanya doa pada Tuhan awak hanya milik saya.
Moga hubungan baru ni bukan lagi hubungan yang lama dahulu.
Terima kasih.



p/s: saya sayang awak lebih awak tau tak?

Life make u t h i n k


*thanx Allah*

Saya tahu.


Saya tahu apa yang saya buat akan menjadi persoalan buat semua orang di sekililing saya. Hati saya hanya Allah yang tahu. Saya cuma mahu merehatkan air mata saya dari mengalir laju macam dulu. Saya bukan sesiapa. Saya tak tabah untuk harung 4 bulan yang lepas lagi. Saya akan cuba perbaiki kesilapan saya. Saya akan cuba tabahkan hati saya untuk lalui dugaan yang akan datang ini. Saya hanya saya. Saya hanya harapkan kebahagiaan. Allah disisi saya. Terima kasih Allah kerana makbulkan doa saya.


Saya tahu.

Drama h i d u p

"Crying is a means of cleaning yourself out emotionally. The only way to express yourself when words fail. -Aristotle"

* d r a m a *


Setiap kali saya menonton drama di dalam tv ataupun di panggung wayang ataupun di cd ataupun dvd ataupun video yang didownload. Atau lebih senang dieertikan  dengan mana-mana pelakon yang ada pengarah serta penerbit yang mampu menghasilkan drama dengan hebat sehingga berjaya membuat sesiapa saja yang menonton timbul perasaan yang bercampur baur seperti marah ,sedih, kecewa, marahkan pelakon tak tentu sudah.



Drama yang paling berkesan apabila watak yang dibawa oleh pelakon menjadi terutama watak jahat yang mana penonton boleh mengkritik dan membenci pelakon tersebit. Watak yang sedih, yang kecewa dalam hidup, yang mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang mudah terharu.



Drama yang paling saya benci, apabila melihat pelakon, mudah menitiskan air mata, kecewa dengan dugaan hidup yang hanya mengikut skrip, malakonkan watak dengan jaya. Yang membencikan saya, mereka hanya pelakon, yang realitinya, mereka bukan dalam cerita sedih itu, mungkin ada satu dalam seratus yang mengalami nasib seperti yang di lakonkan, tapi pelakon-pelakon yang berjaya menitiskan air mata, mereka hanya berlakon.



Bila, director kata, cut, mereka berhenti, mungkin selepas berlakon mereka pergi berhibur atau sebaliknya. Hakikatnya, mereka hanya berlakon.. Yang untung mereka tak mungkin mengalami kesedihan sepanjang hayat seperti dalam cerita-cerita atau drama yang berunsur sedih kecewa.



Saya. Saya kene hadapi realiti dunia yang saya mesti lalui setiap saat dalam hidup saya. Saya perlu melalui nya tak kira besar mana dugaan yang tuhan bagi pada saya. Saya belajar untuk redha menerima segalanya. Namun saya masih lagi tak kuat. Saya kene menjadi 'pelakon' dalam 'drama' yang saya cipta sendiri. Ending cerita saya, tak siapa yang tahu melainkan doa yang saya mohon kepada Tuhan tiap-tiap hari dan takdir dari ilahi.




p/s: Drama hidup saya.