Bertunang?


*Thanks kawan-kawan yang datang. Dari kiri  Syu, Ika, Me, Nor, Linda Roslan (retis ni!)*


......................www.ladyleaya.com......................

Alhamdulillah. Satu-satu matlamat tahun 2012 dibuat. Wait n see jela. Moga Allah permudahkan urusan kami. :)

......................www.ladyleaya.com......................

Delete post from LadyLeaya.com

Muka tension


Salam, Salam Ramadhan (lambat), Salam Aidilfitri.

Rasa dah lama saya tak update blog. Semua sebab busy dan tak sempat nak update. (K, dah lama tak menulis, ayat pun tunggang langgang..-_-").. Sebenarnya, sebab dah lama tak update blog, dalam bulan 5, domain tak bayar...so nak update pun macam tak de mood.


Punca lagi satu, sejak pakai hp baru ni..(-_-") saya hanya gunakan satu email je, ladyleaya@gmail.com untuk semua urusan. Sign up tuk hp, blog, email minta keje, email minta tempahan, sebab malas nak banyak2 email. Pening tau. Tapi malang, tak berbau, my blog link pulak ke hp..so gambar2 kat blog seme tetibe ada kat gallery phone.


Cerita sedih start bila, GUA DELETE gallery blog dalam phone............


Rasa nak menjerit pun ada, sebab bila delete album tu..ingatkan tak de apa jadi. Sekali bukak blog, gambar semua takde. Igtkan sebab tak renew domain. Wuuuwuuu..T_T. Sebab tula sapa yang bukak saya punya blog (kalau adala..) hitam semua je.. Sob2.


Malam tadi baru adjust2, dan TERPAKSA delete beberapa post yang banyak gambar. Tutorial pun hilang. Sob2... sedih sangat. Tapi ada hikmah kut sebaliknya. *think positive.


Now, sudah adjust blog, cuma nak tukar layout tak sempat. Cadang nak tukar layout advance sikit, tapi malas nak setting. Juling mata tukar html orang lain sebab nak font jenis Century Gothicm tapi tak jadi2. Takpela. Asal boleh menulis.


Terima kasih sebab ada jugak beberapa orang y view blog ni. Tak femes amos pun. Eh.-_-"





p/s: Mana nak cari template cecantik ek selain kat btemplate?

RASIONAL | Mat Luthfi

Ini video Mat Luthfi yang terbaru.

Mesti ramai yang dah tonton video ni kan. Dari beberapa bulan lepas, saya juga ada terfikir how facebook or twitter or anything can ruin some news. Semua nak duk tokok tambah dengan rumors. Ada betul dan sangat rasional apa yang disampaikan oleh Mat Luthfi ni. Mamat ni memang bijak sebab selalu saja buat video untuk sampaikan mesej yang jelas pada rakyat Malaysia.


Kalau tengok kat facebook tu, ramai betul yang tekan button share, share, share dan share. Tanpa usul periksa. Tanpa betul atau tak. Ikut suka. Sometimes saya rasa semuanya nak percaya bulat-bulat. Trust me, nowadays, Google bukan yang pertama lagi akan beri maklumat, tapi maklumat akan didapati di Facebook dan Twitter.


Even isu kecil pun boleh jadi besar sebab button share kat facebook. Dan nanti ada la yang mulut-mulut puaka komen sana-sini. I wonder why....? -_-"


Yang saya perhatikan, biasanya, produk, bila ada je something yang famous atau jadi kegilaan rakyat Malaysia ni, nanti mulala kuar isu Halal atau tak. Walhal selama ni elok je. Tak kira la, produk makanan ke, produk harian ke, baju ke, pakaian, cara pakaian ke, isu-isu yang macam.... Apa jela. Walaupun ada yang betul tapi sometimes, sebelum share tu kene la rujuk pada yang pakar. Rujuk pada banyak tempat, bukan satu tempat je. Bukan kita yang harus judges. Bukan saya nak kata saya memperlekehkan, tidak. Cuma rujuk. Tolonglah rujuk. Kalau ada 10 ustad, dengar semua pendapat. Bukan rujuk satu ustaz sahaja.


Macam tsunami, ada plak yang sebarkan lagi beberapa minit air deras setinggi bla..bla..bla menuju Malaysia. Walhal tak de pun. Macam isu kematian artis seorang dalam minggu lepas, ada je yang kata die meninggal dunia. walhal artis tu ok je kat hospital.


Sometimes saya rasa manusia-manusia begini mungkin tiada kerja, atau hidup dia tiada hala tuju melainkan menyampaikan RUMORS yang tak sudah dan digemari bila semua orang memperlekehkan diri dia. So kelakarlah.


Isu yang disampaikan dalam post saya ni memangla kecil, tapi macam mana, kalau, contohnya, kita sebarkan satu fitnah yang memang betul kita tahu fitnah, dan orang lain tolong sebarkan dah semakin ramai tekan button share and share and share and tweet and retweet and retweet, cuba bayangkan dosa yang kita tanggung tiap satu penyebaran yang kita lakukan. Like, seriously. Perlu ke semua rumors tu hanya tuk dapatkan perhatian?


Ini hanya pandangan saya apabila sekarang zaman sudah berubah, semua dah ada laptop, tab, ipad, ipod, and so whateverla, semua sekarang di zaman it, semua orang mahu bebas bersuara, bebas nak menyampaikan pendapat sendiri. Tapi, berbaloi ke semua tu? Just wondering.




p/s: Guna hak berfikir sebelum hak bersuara, Guna hak berfikir sebelum hak share something. Eh?

Bila anda MATANG anda akan..?


Baru-baru ni saya rasa, ramai kawan-kawan saya mula berbicara mengenai politik, banyak kata-kata atau ayat-ayat ketidak puas hatian kepada kerajaan sekarang. Saya juga, tapi itu bukan isu post ni. Maaf, saya lebih selesa tiada politik dalam blog saya, sebab saya yakin, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, jadi tak perlulah sampai kita nak membenci orang lain yang tiada kefahaman sama dengan kita. Kita manusia, manusia biasa. Mana boleh lari dari mencari kesalahan orang lain? Sebab itu, nama kita manusia.


Facebook, tempat meluah isi hati, yang terbuku selama ni. Facebook memang hebat. Facebook merupakan satu fenomena di mana sekarang ayah mak datuk nenek pun menggunakan facebook. Hebat kan, tak sehebat friendster atau myspace yang hanya menjadi fenomena bagi orang muda. Dari Facebook, macam-macam informarsi yang kita leh dapat. Saya terbaca satu share dari Facebook. Tajuknya, "Anda semakin matang bila...."


"Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur."


Saya dapati terdapat juga rasionalisasi dalam artikel ini. Semua orang manusia. Manusia biasa yang selalu buat silap. Dari kesilapan kita belajar sesuatu yang amat bermakna untuk diri kita. Saya juga, masih dalam proses mempelajari sesuatu yang saya sendiri cuba sedaya upaya untuk memahaminya. Harap artikel ini memberi peringatan pada saya, dan juga orang lain. Bak kata pensyarah saya, "Ilmu kalau kita sampaikan walaupun sebaris atau sepatah, selagi orang itu mengamalkan ilmu yang kita sampaikan, selagi itu, pahala kita dapat"


Sumber dari : iluvislam.com



p/s: Saya mahu matang. Saya mahu untuk menjadi matang, maafkan kelantangan saya bersuara selama ini. :)