Life make u t h i n k


*thanx Allah*

Saya tahu.


Saya tahu apa yang saya buat akan menjadi persoalan buat semua orang di sekililing saya. Hati saya hanya Allah yang tahu. Saya cuma mahu merehatkan air mata saya dari mengalir laju macam dulu. Saya bukan sesiapa. Saya tak tabah untuk harung 4 bulan yang lepas lagi. Saya akan cuba perbaiki kesilapan saya. Saya akan cuba tabahkan hati saya untuk lalui dugaan yang akan datang ini. Saya hanya saya. Saya hanya harapkan kebahagiaan. Allah disisi saya. Terima kasih Allah kerana makbulkan doa saya.


Saya tahu.

Drama h i d u p

"Crying is a means of cleaning yourself out emotionally. The only way to express yourself when words fail. -Aristotle"

* d r a m a *


Setiap kali saya menonton drama di dalam tv ataupun di panggung wayang ataupun di cd ataupun dvd ataupun video yang didownload. Atau lebih senang dieertikan  dengan mana-mana pelakon yang ada pengarah serta penerbit yang mampu menghasilkan drama dengan hebat sehingga berjaya membuat sesiapa saja yang menonton timbul perasaan yang bercampur baur seperti marah ,sedih, kecewa, marahkan pelakon tak tentu sudah.



Drama yang paling berkesan apabila watak yang dibawa oleh pelakon menjadi terutama watak jahat yang mana penonton boleh mengkritik dan membenci pelakon tersebit. Watak yang sedih, yang kecewa dalam hidup, yang mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang mudah terharu.



Drama yang paling saya benci, apabila melihat pelakon, mudah menitiskan air mata, kecewa dengan dugaan hidup yang hanya mengikut skrip, malakonkan watak dengan jaya. Yang membencikan saya, mereka hanya pelakon, yang realitinya, mereka bukan dalam cerita sedih itu, mungkin ada satu dalam seratus yang mengalami nasib seperti yang di lakonkan, tapi pelakon-pelakon yang berjaya menitiskan air mata, mereka hanya berlakon.



Bila, director kata, cut, mereka berhenti, mungkin selepas berlakon mereka pergi berhibur atau sebaliknya. Hakikatnya, mereka hanya berlakon.. Yang untung mereka tak mungkin mengalami kesedihan sepanjang hayat seperti dalam cerita-cerita atau drama yang berunsur sedih kecewa.



Saya. Saya kene hadapi realiti dunia yang saya mesti lalui setiap saat dalam hidup saya. Saya perlu melalui nya tak kira besar mana dugaan yang tuhan bagi pada saya. Saya belajar untuk redha menerima segalanya. Namun saya masih lagi tak kuat. Saya kene menjadi 'pelakon' dalam 'drama' yang saya cipta sendiri. Ending cerita saya, tak siapa yang tahu melainkan doa yang saya mohon kepada Tuhan tiap-tiap hari dan takdir dari ilahi.




p/s: Drama hidup saya. 

Diari Hati

Ada masa saya gembira

Ok fine dah lama tak update blog. Rasa nak update pun cam tade mood. Hidup dah kacau bilau sekarang. Macam-macam jadi. Tapi takpe. Just pandang ke depan. Oh ya, saya dah ubah kata ganti diri dalam blog saya dari aku ke saya agar tak mudah orang nak judge saya cukup cakap kasar. (who cares).

Moga-moga saya jumpa apa yang saya nak dalam hidup saya. Moga-moga saya dapat bertahan dalam dugaan ni. Moga-moga saya sentiasa tersenyum. Moga-moga semua berjalan dengan lancar. Moga-moga saya maju dalam hidup saya.




p/s: Semoga hati saya cepat sembuh sebab saya luka dengan teruk ;')

050403 - 050410

05 April 2010
Sweet Cupcake surprise for him order from Kak Izni (click here)

..................................xoxoxoxoxoxoxoxox.............................
Bila ada yang pasti saya suka merancang apa yang terbaik tuk saya. Alhamdulillah hubungan kami dapat bertahan hingga lapan tahun lamanya. Macam-macam dugaan kami tempuhi bersama. Tuhan tu Maha Kuasa. Kami kekal dari sekolah menengah hingga tarikh 05 April 2010. 

Memang kalau ikut kira, 7 tahun kami declare as a couple. Tapi 8 tahun tarikh perkenalan kami. Dari sejak saya form two. Saya mungkin tak kenal dunia luar dan cabaran kat dunia luar kalau saya tak kenal dia. Mungkin saya tade semangat nak belajar, kalau bukan sebab dia sebab matlamat saya habiskan belajar adalah untuk dia.

Saya memang suka kalau hubungan ni berjaya sampai ke hujung hayat saya. Sebab saya amat-amatlah sayangkan beliau. Beliau orang penting dalam hidup saya. Tak tahu saya nak bayangkan hidup tanpa beliau. Saya tahu saya tak boleh dan terus mencuba.

Saya harap segala akan kembali lancar. Saya takkan mudah lagi menangis n cepat melatah. Sebab saya nak ubah diri saya bukan sebab beliau tapi sebab diri saya. Segala mungkin perit tapi saya tahu, saya leh hidup dengan dia sahaja atau orang lain. Saya tak pasti.

Saya masih sayangkan beliau biarlah apa orang nak kata. Sebab saya tahu apa yang saya yang buat dan saya ego. Atau mungkin jodoh kami kuat, bukan sekarang tapi bila tiba masa nanti, mungkin ada mungkin tak. Anyway i really lurve this cake. Thanx kak for diz cupcake. It means a LOT to me. 
..................................xoxoxoxoxoxoxoxox.............................


  
Saya hanya mencuba yang terbaik. Kalau saya tak sempurna, maafkan saya sebab saya la orang yang tak sempurna itu. Saya lebih seronok jadi hamster belaan 2tahun lepas saya hadiahkan pada awak. Sebab saya boleh jadi tiada perasaan.

Getting worst like diz. Chibee n Chinee





p/s: the worst and ever worst... 0nly 8 years..=')