Drama h i d u p

"Crying is a means of cleaning yourself out emotionally. The only way to express yourself when words fail. -Aristotle"

* d r a m a *


Setiap kali saya menonton drama di dalam tv ataupun di panggung wayang ataupun di cd ataupun dvd ataupun video yang didownload. Atau lebih senang dieertikan  dengan mana-mana pelakon yang ada pengarah serta penerbit yang mampu menghasilkan drama dengan hebat sehingga berjaya membuat sesiapa saja yang menonton timbul perasaan yang bercampur baur seperti marah ,sedih, kecewa, marahkan pelakon tak tentu sudah.



Drama yang paling berkesan apabila watak yang dibawa oleh pelakon menjadi terutama watak jahat yang mana penonton boleh mengkritik dan membenci pelakon tersebit. Watak yang sedih, yang kecewa dalam hidup, yang mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang mudah terharu.



Drama yang paling saya benci, apabila melihat pelakon, mudah menitiskan air mata, kecewa dengan dugaan hidup yang hanya mengikut skrip, malakonkan watak dengan jaya. Yang membencikan saya, mereka hanya pelakon, yang realitinya, mereka bukan dalam cerita sedih itu, mungkin ada satu dalam seratus yang mengalami nasib seperti yang di lakonkan, tapi pelakon-pelakon yang berjaya menitiskan air mata, mereka hanya berlakon.



Bila, director kata, cut, mereka berhenti, mungkin selepas berlakon mereka pergi berhibur atau sebaliknya. Hakikatnya, mereka hanya berlakon.. Yang untung mereka tak mungkin mengalami kesedihan sepanjang hayat seperti dalam cerita-cerita atau drama yang berunsur sedih kecewa.



Saya. Saya kene hadapi realiti dunia yang saya mesti lalui setiap saat dalam hidup saya. Saya perlu melalui nya tak kira besar mana dugaan yang tuhan bagi pada saya. Saya belajar untuk redha menerima segalanya. Namun saya masih lagi tak kuat. Saya kene menjadi 'pelakon' dalam 'drama' yang saya cipta sendiri. Ending cerita saya, tak siapa yang tahu melainkan doa yang saya mohon kepada Tuhan tiap-tiap hari dan takdir dari ilahi.




p/s: Drama hidup saya. 

0 comments:

Post a Comment