Lady Leaya's Rules


...........................www.ladyleaya.com...........................

Saya bukan manusia yang istemewa macam orang lain. Saya cuma tak mahu hidup saya diganggu. Ada masa saya rasa agak tidak adil untuk saya berkata-kata atau menilai orang lain. Saya lebih gemar melepaskan marah saya secara diam-diam dan malas masuk campur. Ada masa saya rasa lebih baik pekak kan telinga dari dengar orang bikin kacau hidup kita kan?

Rules saya: Kalau la anda hadir dalam hidup saya, memang anda akan jadi 'sahabat' baik pada mata saya. Lagi-lagi kalau anda suka buat kacau dalam hidup saya, saya memang akan diam, tapi otak saya sentiasa fikir untuk 'ganggu' hidup anda semula. Sampai masa saya dah luak dengan perangai anda, baru saya berundur.

Bukan salah saya, anda yang sering cari masalah dengan saya. Memang saya begini. Siapa kisah? Ini hidup saya, saya yakin dengan apa yang saya buat terutama pada orang yang menyakitkan hati saya. Saya tidak adil? Hidup saya. Siapa anda hendak menilai saya dan hidup saya sedangkan anda tak merasai pe yang saya rasa.

...........................www.ladyleaya.com...........................




p/s: malang tul orang yang suke cr masalah dengan saya..haha

Facebook & . . .


Facebook.

Rasanya dah ramai yang tahu apa itu facebook. Bukan ramai yang tahu, tapi semua orang tahu. Tak sehebat zaman popular Myspace, friendster dahulu, sekarang kalau boleh, mak ayah, pak cik makcik, datuk nenek pun tahu kegunaan facebook. Sampai mak-mak pun gian main facebook.


Dulu, seingat saya, tahun 2008, saya berada dalam sem 5 diploma di UiTM Sri Iskandar, Perak. Yang amat famous pada masa itu kalau student pegi online kat lab atau kelas, friendster dan myspace. Account pertama facebook yang saya sign up pada masa itu, di'invite' oleh salah seorang lecturer saya yang berumur 28 tahun. Hanya saya dan seorang lagi kawan saya yang buka account facebook ini.


Tak lama itu, facebook ditinggalkan, lepas beberapa bulan, saya cuba log in dan fahamkan apa sebenarnya facebook. Menarik sekali bila friend list saya adalah lecturer saya. Keluar semua gambar muda-muda dan waktu kecil lecturer saya. Memang galak. Teringat lagi saya memaksa kawan-kawan saya membuat account facebook memandang lagi senang nk comment, post atau chat dengan sesiapa sahaja. :)


Lepas beberapa bulan,  facebook makin famous, saya pula suka main game application dalam facebook ini. Semakin ramai kawan-kawan saya invite. Siblings saya juga turut saya ajak untuk buka account facebook. Ramai yang saya add, maka muncul kawan-kawan lama yang dah belajar kat oversea pun ada. Kawan-kawan lost contact semua contact semula di facebook sampai boleh buat reunion. ;)


Sekarang ni, semua perkara mesti ada facebook, kat tv, radio even Prime Minister pun ada facebook. Memang menarik. Seketika saya rasa facebook ini amat melalaikan. Tapi percayalah, sebab facebook, jualan laptop semakin laku, broadband dan streamyx apatah lagi? Even yang tak memerlukan laptop untuk kerja pun mesti ada laptop untuk online di facebook.


Dunia sekarang dah berubah. Internet di hujung jari. :) Kerana facebook juga orang boleh berjumpa kawan lama, musuh, bergaduh tak tentu hala, bercerai mungkin juga dan kadang-kadang membawa musibah. Tapi saya percaya, jikalau facebook digunakan dengan betul, maka tiadala musibah-musibah lain yang menimpa. Tepuk dada tanya selera.. :)





p/s : Add saya di facebook link sini. Follow saya di Twitter link sini. :)


Kenapa Menulis?

*Lady Leaya*


Saya.
Sudah mula boleh menulis di blog saya kembali. Setelah hampir 2 bulan setengah peristiwa pahit berlaku dalam hidup saya, kini saya yakin yang saya tak akan kehilangan orang yang amat saya sayang lagi. Saya hanya akan luahkan dalam bentuk tulisan tentang perasaan saya, bukan lagi dalam caci maki.


Kenapa saya menulis? Kadang-kadang saya merupakan seorang yang amat memendam atau dengan kata lain saya hanya memandang, saya hanya komen apabila saya betul-betul rasa tidak puas hati. Yang lain, saya hanya pendam. Saya perlu muhasabah diri saya. Bukan kerana saya sombong dengan orang lain, saya hanya mengambil langkah berjaga-jaga agar percakapan saya tidak di salah anggap oleh orang yang kurang faham.

Saya lebih gemar menulis blog, biar orang tahu isi hati saya bukan melalui mulut saya. Saya tak harap semua orang akan baca blog saya, sebab bukan itu yang saya harap. Perasaan menulis blog, saya saja yang tahu. Lega bila semua yang di pendam dapat diluahkan di internet, tanpa mendengar orang lain komen di hadapan saya. Saya tak kisah.


Saya tahu, banyak  yang saya perlu belajar dalam hidup ini. Tak semua perkataan patut kita luahkan. Kadang-kadang bila amarah saya ke tahap yang maksima, saya kan lepas cakap ikut sedap mulut saya tanpa fikir perasaan orang lain. Saya mula berjaga-jaga. Lebih berdiam diri, biarlah orang panggil saya sombong, saya ada sebab saya sendiri. Dari melukakan hati orang terdekat, lebih baik berdiam diri, memakan hati, memaksa untuk senyum dan hanya mengeluh sedikit untuk legakan hati.

Saya suka baca semula apa yang saya tulis dalam blog ini. Kadang-kadang boleh ingatkan saya betapa kesalahan besar yang saya buat, peringatan untuk diri saya sendiri. Sesungguhnya, saya masih belajar untuk muhasabah diri. Perjalanan hidup saya, hanya Allah yang tahu. Takdir saya, Allah yang tentukan. Saya, hanya usaha, doa dan tawakal agar segala-gala dalam hidup saya menjadi lebih baik.


P/s: Maaf saya bukan insan sempurna.

20 Ogos 2010 | terima kasih

.20 Ogos 2010.

"She never give up on me.she never make me sad,she wait 4 me no matter what..my dear,i love u..i'll make everything good 4 us both..don't leave me.-Mohamad Rokhairi Mat Dahan"


Hari ni, saya rasa awak dah betul-betul pulang kat saya.
Kalau betul, Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya.
Doa saya dan air mata saya hanya untuk awak.
Terima kasih sebab saya dah boleh senyum semula.
Terima kasih sebab saya dah terus terang pada semua yang saya amat perlukan awak dalam hidup saya.
Terima kasih sebab saya rasa baru-baru ni saya rasa awak dah pulang kat sisi saya.
Terima kasih sebab awak masih sayangkan saya.
Saya tahu tindakan saya betul, dan saya hanya doa pada Tuhan awak hanya milik saya.
Moga hubungan baru ni bukan lagi hubungan yang lama dahulu.
Terima kasih.



p/s: saya sayang awak lebih awak tau tak?