Tudung Nikah. ergh.

Salam,

Dalam masa 6 bulan ni saya risau sangat nak pakai tudung apa. Kalau orang yang betul kenal saya, saya memang tak suka pakai shawl sebab effect muka jadi telur tu memang tak best. :( and lagi satu cik tunang pun tak suka saya pakai shawl. so memang tak ada stok shawl langsung kat rumah. huhu..

see tudung bawal. clean, soft, simple. i like this so much.
Bila dah nak tarikh ni, ex-housemates berbincang dalam grup whatsapp and bagi nasihat suh jangan pakai tudung bawal kosong je (macam tau2 je tu yang aku nak, sebab malas nak fikir...-_-). Kawan-kawan suh pakai shawl.. ngeri ok. Nak tengok tak? erghhhhh...-_-

hahaha. tengok tu aku. jadi mangsa fashion. failed. dalah dinner last sem.-_- benci benci benci.
Kawan-kawan yang lain tu cantikla..masing2 bujur sireh..uuu...T.T.. masa tunang hari tu pun pakai tudung bawal je. tu pun dah herot2 kene kipas. Tapi sejak tau ada fabric strecther y  leh keraskan awning tudung bawal, tu yang buat saya nak pakai tudung bawal je.-_-

Masa tunang pakai tudung bawal je. wink. wink.
Tapi kawan-kawan saya baik hati. :) Linda nak sponsor tudung dari radiusite. Tudung yang design lan dari yang lain sikit. Shasmeen uyyun.  Manik dia kat bawah..bukan macam tudung lain. So saya grab dua helai, kaler coklat tuk nikah and pink tuk baju peplum masa potong kek. Tapi bila tengok balik, baju nikah kaler kuning gold, tetibe tudung kaler coklat. Rasa tak best pulak.

Grab this! Soft choc and soft pink.

So kalau Linda paka comel cam ni la. Kalau aku pakai?T.T

Ok da low confident.-_-

Baju nikah. Blur sikit sebab nak surprise. tapi color camni la.
After few weeks, linda kata Radiusite ada kuar tudung baru shasmeen uyyun tapi half moon (seriously gua tak tau nape gu hafal nama tudung2 ni.-_-). Kaler kuning lebih cantik dan sesuai ngan baju nikah. tapi tetibe linda kata inner kaler soft kelabu. erk.erk. erk. Gua ni dala ske pakai kaler y kosong je. tak pandai nak mix match. So gua percayakan jela kawan gua. Tapi simpan tudung bawal siap-siap. Just in case.-_-

So yang nibaru release isini lepas. Linda suh pakai yang ni.

Kawan-kawan pesan suh pakai inner neck y irene nadia merangkap adik ipar linda ni jual. tapi.tapi..T.T

Untuk reception pulak, kaler turqoise, inagt blue turqoise kaler baju bersanding, minggu lepas g fitting baju, kaler green turqoise pulak,.. so menyesal tak beli shawl shahsmeen tu kaler turqoise. jadi nasib baik radziah kawan linda beli shawl kaler tu. so pinjam jela.

Nak pinjam tudung ni kat rad!

lepas tu teringat pulak bertandang kaler purple pink pun tak de tudung. naik migrain kepala ni pikir pasal tudung je. huuuuu...malam bila ntah belek2 fb.sekali ternampak collection tudung bawal lain dari yang lain sikit. Dekat fb page Rubiey Scarf. Pagi ni menarik sebab dia ada inner tyudung bawal. pelik kan? homemade. Saya ni dalah pemina tegar tudung bawal. uuu...
So hasilnya..

So this one tuk reception
This one tuk bertandang.
Al-kisah peningnya pale fikir pasal tudung. Harap semua went well. Takutnya. Takutnya. Huhuh. Saya beri kepercayaan penuh pada kawan-kawan ya suh saya pakai shawl ni. huhuu.




p/s: migrain! huhu... jum tgk review tudung nikah y saya dah pakai di post sini !


Checklist 12.12.12

Salam, 

Lama tak post blog. saya busy atau pura-pura busy? ala lagi pun blog ni tak de reader pun. aku je y baca.-_-..T.T

Harini 12.12.12 and supposely to be wordless wedensday. tapi tak kira, saya nak post juga!-_-..
orang kata tarikh ni bukan main cantik lagi 12.12.12. Bagi saya tarikh ni tak berapa nak best sebab? sebab 15/12/2012 its my BIG day. My solemnization. :) Insyallah, harap sangat semua berjalan dengan lancar. Walaupun semua maca ada y tak setel lagi. Harap sangat!:)

Family sedang sibuk uruskan kenduri. Saya pula sibuk untuk uruskan diri sendiri. Kadang-kadang rasa give up nak buat semua benda, sebab semua guna duit. Walaupun duit tu ada, tapi nak berjimat cermat selagi bole. Kalau bolehla... T.T. Now, nak buat checklist tuk diri sendiri. (dah lagi 3 hari baru nak buat checklist kan?-_-)


1. nikah, Reception date
- confirmed- nikah 15/12/2012(9malam), Sanding (16/12/2012)

2. kursus kahwin & legaldocs
- kursus completed 
- hiv test done
- borang done

3.venue
- nikah & sanding : umah sendiri

4. catering & canopy / pelamin & decor
- PR catering. actually P stand for Puteh, R for Rani. Nama atuk nenek n catering n masak2 by adik beradik ayah. 

5. photographer
- nikah & reception : Confirmed ngan Shahrul/Photomenagraphy/ Paid deposit 100. 

6. videographer
- nikah & sanding : Tak perlu kut? ada volunteer ke?

7.wedding outfit
- nikah : Tailor paid. Done, tinggal basuh. 
- Tudung Nikah : Sponsoreb by Lynda Roslan. Tapi tak tengok n try lagi. neves!
-sanding : Final fitting for bride. Ambik baju reception Khamis, 13/12/12
- Tudung Sanding : Belum lagi, tapi da order bawal manik2 kat Rubiey Scarf Design. Shawl maybe pakai Shasmeen uyyun by Radiusite. MUNGKIN!

8. makeup
-nikah & sanding : Paid and tunggu call dari butik.
-inai : Inai da book kat Awnis Seri Henna. Done deposit 50. Pakai inai jumaat malam.

9. favors
- nikah : on-going
- sanding : on-going
- all guest :on-going
- maintable : on-going

10. bunga pahar
- sanding : not yet

11. hantaran
- for him : not yet
- for her : Mas Kahwin
- decorator : Kak edah. (sian kak edah pening cari bunga kaler biru. T.T)

12. Gelang
- Done :)

13. invitation card
- Dah habis 1000 invitation sampai kat kawan-kawan sekolah tak sempat nak bagi dah habis.. Homai..T.T

14. cake
- sanding : We sponsor. Beli kat region n kek biasa je. Kek coklat.

15. tok kadi
- booked 9pm slot, to remind timing. Venue rumah sendiri.

16. handbouquet 
- nikah & Sanding : Patut my butik bagi. Tapi Lee nak sponsor fresh flower. :)

17. guest list
- Tak buat pun. -_-

18. ceremony & entertainment
- cd of favourite wedding songs : on-going need to compile all the songs 
- selawat : pasang lagu marhabban je malam nikah.

19. pengapit
- Made of honor : Noona Anes 
- Bff Bridesmaids/DayangDayang : Suh kawan-kawan pakai baju purple pink je. Tak mampu nak sponsor.T.T
- Best Man : Syafiq( kawan cik rok)

20. dresses for family
- My family : By them, kain we belikan kat Jepun.

21. wedding heels 
- nikah & sanding: dah booked. Readymade as backup.

22. event itinerary
on going
- Baca Doa pembukaan - to reconfirm 

23.wedding props
done, tinggal beli perfume letak kat bilik.

24.spa treatment
- done. Buat kat D'santai spa. atas butik Radiusite.

25.honeymoon plan
-ticket booked, hotel booked, 4days 3 night :)


Rasa macam banyak lagi benda tak setel and now sekarang rasa nak demam pun ada sebab tido lambat bangun awal pagi. T.T. Tak sabar nak cuti sok setelkan semua benda. Harap-harap semua beralan dengan lancar. Ya Allah permudahkanla urusanku. :)



p/s: tak best kan tarik 12.12.12? 15.12.12 lagi best! gua dapat hasben! haha..:D


Notes di Facebook.

Salam,

Belek-belek timeline, tetibe terbaca ruang notes yang famous amous digunakan pada tahun 2010. Yela masa tu kat status facebook tak leh tulis panjang-panjang lagi. One note yang saya terbaca ialah notes yang saya kopipes dari mana tah pada tahun 2010. Nice to read. So dalam keadaan mendung ni, jum layan!

.........................www.ladyleaya.com.........................


Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.



Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.



Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni. Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.



Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti. Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.



Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan. Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.



Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….



Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.Cuaca yang panas menandakan cinta itu berpanjangan, tetapi cuaca tidak selalunya panas, hujan akan menyusurinya juga walaupun telah kita cuba kekalkan keceriaan di siang hari. kadang-kadang malam itu suram tanpa bintang, tapi berseri dengan kehadiran bulan.



Memang gelap dan malam menyepikan, menakutkan, tapi malam juga banyak memberi faedah kepada kita, tidak ada ertinya malam tanpa siang, lelaki tanpa perempuan, walaupun indah untuk sesuatu ciptaan, tidak sempurna jika tidak diciptakan pasangan untuknya.



.........................www.ladyleaya.com.........................








p/s: 2010. lot of memories.




Puasa Sunat Arafah

Salam,

Hari ni umat islam yang menunaikan haji berkumpul di arafah. dan sunat berpuasa ari ni. Selamat berpuasa semua. :)

Rasullah bersabda, 

"Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudian"

(Riwayat Muslim)


Mama and Ayah masa di Arafah umrah 2011. Masa ni macam-macam minta mama doakan kitorang. Paling kelakar minta doa suh hilangkan jerawat! haha. :) Balik2 ayah bagi berus besi, ayah cakap "nah, masa doa kat arafah dapat ni tuk hilangkan jerawat.." uuuu T.T




p/s: Salam Aidil Adha. :)

Wordless Wednesday





p/s: suke dapat render air tu. suka sangat. :')

Lynda Roslan E's day.

Salam,

Its Mournday again. :) Rini nak ucapkan sebesar-beeesar tahniah pada ex classmate ex housemate yang cantik. Linda Roslan. Sama-sama da melangkau satu step sama-sama ngan saya. :D. Congrats Lynda sebab dah bertunang 13/10/2012. :)... Happy for you. Semoga kekal till Jannah. :)

Baju memang cun. Inner neck cun. Tudung lagi cun. huahua... 
Ni sponsor besar kita ari ni.  Fadhli Ismail. Ex classmates kitorang masa diploma dulu. Baju n mekap by his boutique la. :) 
So here with us, famos amos blogger Irene Nadia Marcello. Dengan muka tak malu panggil irene nak mik gambar sesama..>.<...
Masa stalk baca-baca blog irene ni, selalu bayangkan die ni kecik je cam syu(kanan sekali).. rupanya tak dela kecik....rendah sikit dari saya and ada isi. saya tade. huhu. anyway tengs irene!
Kawan-kawan yang datang. :) with hantaran. Congratz ok Lynda!

Nor, Syu n me!

:) Masa tunggu Lynda mekap.







Suka semua gambar di atas. :))






With little cutey Amani!

The last one. Lynda and Fiancee... congratz ok! :)




p/s: Dup dap dup dap. Oh, photo by my official photographer nanti Photophenomgraphystudio


Wordless Wednesday








p/s: clumsy meh?


Keep Calm.

Salam,

A bit stressed la beberapa hari ni. Semua benda macam serba tak kene. :(. Tak tahu nape. Me, suka lepak dekat tasik, tapi incik tunang kata tak best, sebab orang pandang berdua-dua an. so better pegi shopping complex. Tak minat sangat sebab tau takde duit nak shopping..UU..

Semalam petang, pergi site nak wat case study kat Tasik Shah Alam and Central lake, Kota Kemuning. Amik masa dalam 2 jam round dua tasik tu. Tapi dah nak pukul 7, so terpaksa balik. -_-. Anyway, memang best tasik Shah Alam.. (macam tak pernah pegi kan?) semalam jalan sorang2. Awkward gila. Macam orang putus cinta ha gitu... -_- Angin sepoi2 je.

Later, pegi tasik kat Kota Kemuning. 1st time pergi semalam, before ni penah lalu, tengok de air pancut.. tapi semalam takde pun. takde rezeki. Tapi kat situ memang aman je angin sepoi2. Rasa nak ajak along bawa adi g main kat situ la. huu.. Okla. Sambung wat keje. Babai, :)












p/s: Im just not happy.


Lynda Roslan dan Dara dot... dot..

Salam, 

Post ni nak ucap tahniah pada ex housemates aka Linda Roslan sebab tercalon dalam finalist Dara.com dari awal tahun lagi ke tahun lepas. Tak berapa ingat. Masa tu cuti sem, Linda g try2 shoot kat Karangkraf, rezeki dia, dapat jadi covergirl. finalist yang pertama lak tu. 

Tengok, dalam gambar final sem photoshoot pun cik Linda ni dah macam finalist.-_-

Minggu lepas, final Dara.com dah berlangsung dekat...erm have no idea la. Tak ingat. Btw, Linda tak menang tenpat pertama kedua atau ketiga. Tapi Linda menang anugrah busana tercantik. Yang bestnya, dress tu di design, jahit, by kitorang punya classmate juga masa diploma. Cik Lee lo la or Fadhli Ismail. Lee ni memang ada bakat dari dulu lagi.  So congratzs Lee n Linda! 

See, pastel colour, one of my fav colour. Cun je. Tapi kalau yang pakai pun cantik, memang baju tu ngam2 cantik kan. Cer saya yang pakai? erm..erm..-_-

Pic from MIG online. Ni waktu LInda tengah bersyair. Camne rupanya? *Rasa nak pinjam blink2 kat bahu die tu leh x?


So, tu jela. nak wish congratz pun da banyak kali. Sape-sape nak tgk gambar cik Linda lagi boleh pergi dekat fanpage beliau. Lynda Roslan II . ok bai!!






p/s: Ada rakan nak ikut jejak langkah saya minggu depan. Congratz n keep calm ok? tak yah neves sangat. hoho.. :D


Saturday vs Sunday

Salam,

Its sunday morning. Yalah, saya bangun awal rini, kul 8 gitu dah bangun. Sebab? Anak buah, Adi demam...tido sini.. setiap dua jam malam tadi dia nangis. Dengan mak teh2 sekali terjaga walaupun tido dalam bilik. Pagi ni mata segar bugar. -_-..

Okla, happy Sunday everyone. Harini nak g melawat kawasan, tasik-tasik. G dating. :D

Weekend with this. Perspective siap da. Dah lama tak rasa busy camni. Huhu. Anyway rasa terharu sebab da pandai wat section, zaman study paling benci section. tengok board final satu section pun tade. ada satu y buruk gile. huhu. Tq my 'guru' ajar ni.






p/s: Tomorrow is Monday, not Mournday anymore la... -_-



Its Mourn day.

Yep, its Monday.

Sounds lazy day. otak still masih bercuti.. cuma badan je yang bergerak ke office. pagi tadi masa kat skve pun mata macam mau terlelap2. -__-.

So today 1st October 2012. Happy birthday to my second sis. Aisyah. Moga makin matang n kawen la cepat...... huhu. Ok, October plizzz be nice with me. xoxo. :)

Cool kan? Ray ban sampai berkarat tak pakai. sebab da silau sangat, berangan sekejap. Bole? :D


p/s: 2 month left. phew...-_-


The reason i started love kids

Salam.

Post kali ni nak cerita sikit pengalaman saya. Bukan pengalaman pun sebenarnya. Tapi, punca sebab saya makin suka kat budak-budak. Sebenarnya, saya ada seorang adik je. Tu pun masa umur 5 tahun, saya dapat adik. Budak kecik, tak faham pun kenapa orang kata baby tu comel. Masa tu kan kecik lagi. Yang ada dalam otak ni, jeles, jeles, jeles. -_-. Yela nanti ayah mama sayang adik lebih dari saya. Jeles ok. Lagi-lagi saya bongsu perempuan.


Makin lama makin besar, bila tengok budak kecik, baby ke, seriously, saya tade pun feeling nak pegang ke budak tu, nak cubit pipi dia ke, nak cium ke, nak cakap2 ngan dia ke. Apa yang saya buat, saya just tgk je budak kecik. Itupun ikut nasib, kadang-kadang saya suke buat muka, biar buidak tu nangis. haha. *gelak jahat.


Masa study pun sama, masa pergi trip, ada sorang lecturer, En Izham Ghani, bawa anak dia join kitorang g trip kat Bukit Merah. Trip study, tapi siap pegi mandi kat dalam tu. -_-". K, balik citer kat anak dia, anak die memang sangat comel. Semua la berebut nak amik gambar ngan dia, saya plak, just tengok dari jauh, sambil fikir dalam hati, apa yang best sgt berebutkan budak tu. Dari sorang ke sorang yang dukung budak kecik tu. -_-"

Alisya. anak en izham. comel kan.

Masa kat bukit merah. Adorable kids la.
Sampaila bulan 8 tahun lepas, Along (my 1st sis la..), pregnant. Excited tengok Along pregnant. Sebab Along jarang mabuk cam orang lain. Masa tu saya duk Shah Alam (rent house), sebulan sekali balik sebab nak tengok perut Along besar. Yela, dulu masa mama pregnant, kecik lagi. Tade feeling pun. *actually tak ingat pun. -_-. Masuk 5 bulan, perut Along da start besar. 


Bulan 8, perut Along da besar. (eii..apala citer pasal perut orang ni.-_-") masa tu Along memang duk umah mama je. kebetulan bulan puasa, lagi 3minggu nak due, Along still puasa. Along kata baby bergerak2, maybe sebab lapar kut. Masa lepas buka, Along suh usap perut dia, masa tu teruja sangat sebab rasa kaki baby dah tendang-tendang. T_____T terharu.


Tunggu punya tunggu 16/8/2011, Along bersalin. Sebenarnya suh baby kuar 17/8/2012, biar sama besday ngan saya, tapi baby da kuar awal, 15hb malam tu air ketuban dah pecah. So, pagi tu Along bersalin, dekat hospital razif, klang. Masa tu kebetulan, memang saya cuti sem. So start dari ari tu saya tgk baby, Adi Safwan, sangat comel. Tengok kaki dia, tangan dia. Kaki yang selalu tendang2 perut Along. geram! Masa tu baru tau perasaan betapa comel nya ada baby.

Adi Safwan, Day 1, 3.2kg.
Adi Safwan, 2 month. da pandai senyum.
Adi Safwan, 3 month. pakai baju mak teh bagi!

And sometimes, makcik2 ske troll adi. pun cute kan.
Masa jaga Along pantang pulak, sambil2 jaga Adi, Adi nangis je tiap malam. Ayah aka atuk yang tolong dodoikan, bermacam selawat nyanyi. Sampai satu rumah bangun. Pagi-pagi plak bangun2 je tus cari Adi. Sampaila 3 bulan, jaga Along n Adi Safwan. Tiap2 hari tengok budak kecik tu. dari kecik sampai besar, tengok dia pandai meniarap, merangkak, n jalan terkedek-kedek and comel!... 


Makin besar makin comel. eii! >.<

Adi Safwan.

Adi Safwan.

Adi Safwan.

Adi Safwan.

Adi Safwan.

Adi Safwan.

Adi Safwan.
Dalam keta pun tak duk diam. Muka comel je time de rambut.
Suka dengan cermin.

Demam day.
Pagi-pagi masuk bilik mak teh kacau mak teh nak g keje.

Holiday kat PD.

Demam paling teruk n 'mahal'. Paru-paru berjangkit. Seminggu kene warded.

Kene troll ngan ibu sendiri. 

Kadang-kadang muka dia macam anak buah along, (anak adik ipar long) haziq.

Pakai baju pink, tak kira, lelaki , pakai baju pink, and malam tu semua ingat Adi is gugurl.-_- (ada kenduri tahlil time ni)

Pak ngah, selalu datang, sementara tunggu anak die keluar pulak. huhu

Masa kene tahan ward kat Kuantan. 1st raya, satu family datang Kuantan balik hari semata nak tengok dak kecik ni. Anyway, service sana mmg x best. 

Pipi kene gigit ngan dak dtg dari mana tah masa kat bank. Tiba-tiba ada budak datang peluk adi dari belakang n gigit pipi die. Adi tergamam n menangis la..!-_-"

Masa ni baru 6-7 bulan kut, baru pandai duduk. 

Dia geram ngan Momo (kucing kat umah). Momo selalu redha kene tarik ngan Adi. -_-

Bila dah masuk buaian, kalau protes nak kua, die suke meniarap tibe2 camni.. dekat 5-6 kali gakla buaian hempap nenek and atuk. -_-

Kalau tido umah nenek, bilik me and aisyah akan jadi port die main plug. main tekan2. so semua suis kene matikan.-_-

Pegi jusco tak pakai cantik2 pun. Along kata nanti adi panas, tak selesa. so say no to jeans.-_-

Pantang kene agah, mesti lari2 dalam tangan atuk jela. sebab tak pandai jalan. kaki laju je hayun. tapi tak g mana pun. -_-

Baju pink again. Memang dah macam gugurl. Tambah kening ori tu.

Baru nak pandai2 jalan. Tengok dahi da jendul sana sini, sebab muka da tersembam kat lantai suka2 jalan sendiri. kan...-_-

Masa ada rambut, suka sangat main sepit rambut mak teh. so hasilnya, ha lekat kat kepala dia. -_-

Kadang2 cik rokhairi (tunang saya..>.<) datang sebab nak jumpa dak kecik ni. Adi tak nangis pun . Suka lagi. :)

Pakai spec lama atuk. Tade power pun. Calar balar pun. tapi retro da ni!

Adi tengok paper ada artis Lynda Roslan, Linda Roslan jadi model tudung tuk silky girl. >.<
Pakaikan Adi my jam tangan. Muat! tak tahu camne nak gemukkan badan. :(

Budak tak leh duk diam.

Suka main cak-cak!

Pakat ngan aisyah (my second sis) beli baju ni kat Jusco. memang dah lama cari. Btw, mak teh die mmg suke lembu. Tapi semua patung lembu dah jadi milik dak kecik ni. So alang-alang kan.heheh.
This one. Isaaq AniQi. belong to my brother. 22 September 2012. Mak mentua ejal n mak cik cakap muka dak kecik ni sama macam me. sama ke?

Starting dari hari tu la, saya mula pandai sukakan budak. Mula pandai cakap semua budak is sangat comel even orang lain kata tak comel. Comel kan saya....................... (-__-). Harap satu ari nanti dapat anak comel2. Yela, anak kan pemurah rezeki. InsyaAllah. :)

So this one, of course la yang paling comel. Dari kiri, Along, Aisyah, ME, ejal. see how tembamnya masa kecik. berketak2. *Tengok peha. -_-. Dah besar, tinggi melidi. uuuu.... T___T







p/s: dapat anak buah baru 22/09/2012.  Isaaq AniQi.