RASIONAL | Mat Luthfi

Ini video Mat Luthfi yang terbaru.

Mesti ramai yang dah tonton video ni kan. Dari beberapa bulan lepas, saya juga ada terfikir how facebook or twitter or anything can ruin some news. Semua nak duk tokok tambah dengan rumors. Ada betul dan sangat rasional apa yang disampaikan oleh Mat Luthfi ni. Mamat ni memang bijak sebab selalu saja buat video untuk sampaikan mesej yang jelas pada rakyat Malaysia.


Kalau tengok kat facebook tu, ramai betul yang tekan button share, share, share dan share. Tanpa usul periksa. Tanpa betul atau tak. Ikut suka. Sometimes saya rasa semuanya nak percaya bulat-bulat. Trust me, nowadays, Google bukan yang pertama lagi akan beri maklumat, tapi maklumat akan didapati di Facebook dan Twitter.


Even isu kecil pun boleh jadi besar sebab button share kat facebook. Dan nanti ada la yang mulut-mulut puaka komen sana-sini. I wonder why....? -_-"


Yang saya perhatikan, biasanya, produk, bila ada je something yang famous atau jadi kegilaan rakyat Malaysia ni, nanti mulala kuar isu Halal atau tak. Walhal selama ni elok je. Tak kira la, produk makanan ke, produk harian ke, baju ke, pakaian, cara pakaian ke, isu-isu yang macam.... Apa jela. Walaupun ada yang betul tapi sometimes, sebelum share tu kene la rujuk pada yang pakar. Rujuk pada banyak tempat, bukan satu tempat je. Bukan kita yang harus judges. Bukan saya nak kata saya memperlekehkan, tidak. Cuma rujuk. Tolonglah rujuk. Kalau ada 10 ustad, dengar semua pendapat. Bukan rujuk satu ustaz sahaja.


Macam tsunami, ada plak yang sebarkan lagi beberapa minit air deras setinggi bla..bla..bla menuju Malaysia. Walhal tak de pun. Macam isu kematian artis seorang dalam minggu lepas, ada je yang kata die meninggal dunia. walhal artis tu ok je kat hospital.


Sometimes saya rasa manusia-manusia begini mungkin tiada kerja, atau hidup dia tiada hala tuju melainkan menyampaikan RUMORS yang tak sudah dan digemari bila semua orang memperlekehkan diri dia. So kelakarlah.


Isu yang disampaikan dalam post saya ni memangla kecil, tapi macam mana, kalau, contohnya, kita sebarkan satu fitnah yang memang betul kita tahu fitnah, dan orang lain tolong sebarkan dah semakin ramai tekan button share and share and share and tweet and retweet and retweet, cuba bayangkan dosa yang kita tanggung tiap satu penyebaran yang kita lakukan. Like, seriously. Perlu ke semua rumors tu hanya tuk dapatkan perhatian?


Ini hanya pandangan saya apabila sekarang zaman sudah berubah, semua dah ada laptop, tab, ipad, ipod, and so whateverla, semua sekarang di zaman it, semua orang mahu bebas bersuara, bebas nak menyampaikan pendapat sendiri. Tapi, berbaloi ke semua tu? Just wondering.




p/s: Guna hak berfikir sebelum hak bersuara, Guna hak berfikir sebelum hak share something. Eh?