Bila anda MATANG anda akan..?


Baru-baru ni saya rasa, ramai kawan-kawan saya mula berbicara mengenai politik, banyak kata-kata atau ayat-ayat ketidak puas hatian kepada kerajaan sekarang. Saya juga, tapi itu bukan isu post ni. Maaf, saya lebih selesa tiada politik dalam blog saya, sebab saya yakin, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, jadi tak perlulah sampai kita nak membenci orang lain yang tiada kefahaman sama dengan kita. Kita manusia, manusia biasa. Mana boleh lari dari mencari kesalahan orang lain? Sebab itu, nama kita manusia.


Facebook, tempat meluah isi hati, yang terbuku selama ni. Facebook memang hebat. Facebook merupakan satu fenomena di mana sekarang ayah mak datuk nenek pun menggunakan facebook. Hebat kan, tak sehebat friendster atau myspace yang hanya menjadi fenomena bagi orang muda. Dari Facebook, macam-macam informarsi yang kita leh dapat. Saya terbaca satu share dari Facebook. Tajuknya, "Anda semakin matang bila...."


"Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur."


Saya dapati terdapat juga rasionalisasi dalam artikel ini. Semua orang manusia. Manusia biasa yang selalu buat silap. Dari kesilapan kita belajar sesuatu yang amat bermakna untuk diri kita. Saya juga, masih dalam proses mempelajari sesuatu yang saya sendiri cuba sedaya upaya untuk memahaminya. Harap artikel ini memberi peringatan pada saya, dan juga orang lain. Bak kata pensyarah saya, "Ilmu kalau kita sampaikan walaupun sebaris atau sepatah, selagi orang itu mengamalkan ilmu yang kita sampaikan, selagi itu, pahala kita dapat"


Sumber dari : iluvislam.com



p/s: Saya mahu matang. Saya mahu untuk menjadi matang, maafkan kelantangan saya bersuara selama ini. :)

4 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

TAPI SAYA rasa menyampah apabila ada kawan2 yg suka cerita psl kehebatan die, sgala kebaikn yg die dh buat..tp saya cuba untuk tidak menujukkn kemeyampahan saya dan saya cuba untuk buat2 biasa shj.. kalau ada sakit n trkutuk pn, just simpn dlm hati..nnt lame2 ok.. tu matang x alia?

Lady Leaya said...

hampir..usaha lagi...kita manusia ni..proses belajar..cuba sedaya upaya..tp lau xleh elak, igt, manusia bukan selalu sempurna...:)

Solahuddeen said...

nice post

tiqah said...

tak matang lg rupenyer sy ni. *sigh*

Post a Comment