Facebook & . . .


Facebook.

Rasanya dah ramai yang tahu apa itu facebook. Bukan ramai yang tahu, tapi semua orang tahu. Tak sehebat zaman popular Myspace, friendster dahulu, sekarang kalau boleh, mak ayah, pak cik makcik, datuk nenek pun tahu kegunaan facebook. Sampai mak-mak pun gian main facebook.


Dulu, seingat saya, tahun 2008, saya berada dalam sem 5 diploma di UiTM Sri Iskandar, Perak. Yang amat famous pada masa itu kalau student pegi online kat lab atau kelas, friendster dan myspace. Account pertama facebook yang saya sign up pada masa itu, di'invite' oleh salah seorang lecturer saya yang berumur 28 tahun. Hanya saya dan seorang lagi kawan saya yang buka account facebook ini.


Tak lama itu, facebook ditinggalkan, lepas beberapa bulan, saya cuba log in dan fahamkan apa sebenarnya facebook. Menarik sekali bila friend list saya adalah lecturer saya. Keluar semua gambar muda-muda dan waktu kecil lecturer saya. Memang galak. Teringat lagi saya memaksa kawan-kawan saya membuat account facebook memandang lagi senang nk comment, post atau chat dengan sesiapa sahaja. :)


Lepas beberapa bulan,  facebook makin famous, saya pula suka main game application dalam facebook ini. Semakin ramai kawan-kawan saya invite. Siblings saya juga turut saya ajak untuk buka account facebook. Ramai yang saya add, maka muncul kawan-kawan lama yang dah belajar kat oversea pun ada. Kawan-kawan lost contact semua contact semula di facebook sampai boleh buat reunion. ;)


Sekarang ni, semua perkara mesti ada facebook, kat tv, radio even Prime Minister pun ada facebook. Memang menarik. Seketika saya rasa facebook ini amat melalaikan. Tapi percayalah, sebab facebook, jualan laptop semakin laku, broadband dan streamyx apatah lagi? Even yang tak memerlukan laptop untuk kerja pun mesti ada laptop untuk online di facebook.


Dunia sekarang dah berubah. Internet di hujung jari. :) Kerana facebook juga orang boleh berjumpa kawan lama, musuh, bergaduh tak tentu hala, bercerai mungkin juga dan kadang-kadang membawa musibah. Tapi saya percaya, jikalau facebook digunakan dengan betul, maka tiadala musibah-musibah lain yang menimpa. Tepuk dada tanya selera.. :)





p/s : Add saya di facebook link sini. Follow saya di Twitter link sini. :)