O u r

 

................................www.ladyleaya.com..............................


old picture but new touch
Hope we still together till last forever
Chewaahh..=D


................................www.ladyleaya.com..............................

Mentality

Putrajaya | 2009

Putrajaya memang unik dengan pembangunan yang membangun diilhamkan oleh Tun Sri Dato Sri Dr  Mahathir Mohamad yang mengenengahkan Putrajaya dengan konsep Garden City di mana pusat pentadbiran dikumpulkan dalam satu tempat yang khusus untuk dijadikan Pusat Pentadbiran Malaysia pada masa akan datang bila mana pentadbiran di Kuala Lumpur akan di bawa semua ke Putrajaya.


Bangga dengan beliau dan para Architecture yang terlibat dalam pembikinan Putrajaya. Rumah-rumah kat situ pun sama dalam konsep Garden City, kalau kita tgk, takdepun rumah yang berpagar melainkan di'pagar' oleh tumbuhan renek sebagai 'barrier' antara satu rumah dengan satu rumah yang lain.


Akhir tahun lepas, aku pergi lagi ke Putrajaya. Sebelum-sebelum ni pergi hanya kerana Site visit. Seronok kos aku bukan? Trip ke Putrajaya. Mungkin bagi orang lain, biasa saja bila dengar Putrajaya, tapi bagi kami setiap space ada maksud yang tertentu. 


Cerita pergi ke Putrajaya, aku sempat singgah dengan family aku ke sebuah masjid yang diberi gelaran Masjid Besi. Aku tak mau cerita pasal masjid walaupun masjid ni sangat unik bila semua diperbuat dari Metal dan Glass.. Air-cond pun tade. Jemaah lelaki dan perempuan ditempatkan dalam satu tempat tanpa penghadang.


Lepas pergi Masjid Besi, merayau pula ke Menara Alaf Baru, scene memang cantik, yang pasti orang kat Putrajaya ni rajin keluar petang-petang, ada yang main basikal, ada yang berjogging, ada yang beriadah... Dekat menara alaf baru pulak, dekat setiap dinding adalah kaca yang mencatatkan setiap tahun-tahun sebelum wawasan 2020.


Terdengar bisik-bisik seorang perempuan, berdua mungkin dengan boyfriend die, berjalan-jalan sambil membaca sejarah yang terukir di setiap kaca. Lepas tu terdengar dia bersuara " Membazir duit rakyat je buat semua-semua ni" Lepas tu mereka bertekak dua orang mempertikaikan faedah yang ada.


Bisik aku dalam hati, kalau la tak berfaedah wat apa kau jejak kaki kat sini, kat tanah Putrajaya ni. Sesetengah orang bukan tau menghargai benda yang ada depan mata malah mempertikaikan. Mungkin pada mata mereka, Menara yang tinggi tu membazir, bukan ke sejarah boleh dibeli di kedai buku. Hati aku rasa nak sound je kakak tu. Tapi biarlah, mungkin mentaliti orang Malaysia masih ada yang di takuk lama.


Kenapa Mahathir bina KLCC bukan 5 tingkat je tapi beratus tingkat? Kenapa Mahathir tak bina pusat pentadbiran diceruk kampung saja tanpa fikirkan nilai artistik dalam pentadbiran tersebut? Orang Malaysia, tujuannya untuk jadikan semuanya Landmark, untuk Malaysia dikenal kat dunia luar bukan kerana politik atau segalanya. Tapi nak buktikan Malaysia mampu segah negara lain.







p/s: Mentality yang cetek

Bangga?

 
Konvokesyen | 2009

Sebelum aku masuk Universiti dulu, aku amat mengharapkan aku dalam bidang Architecture. Bidang yang aku minat dalam seni, artistik, gaya, gah. Basic dalam Lukisan Kejuruteraan dengan harapan aku dapat sambung dalam bidang Architecture.


Tapi aku rasa aku tak layak dalam bidang tersebut memandangkan subjek Sains aku hanya kredit dan yang dibanggakan hanya Fizik masa Spm dulu yang mungkin rezeki aku aku dapat 4kredit. Alhamdulillah. Mungkin rezeki aku walaupun aku tau otak aku memang agak bebal menghadap benda-benda Sains ni.huhu...


Masa apply dalam borang IPTA dulu pun, 1st choice aku memang Diploma Landscape Architecture. Memandangkan aku tak faham apa erti Architecture yang sebenar, jadi apa-apa yang ada perkataan Architecture atau yang berkaitan semua aku pilih.


Second choice aku baru Architecture kat Uitm, Utm, Uia, dan kebanyakan yang aku minta dalam Uitm. Dan dengan rezeki lagi sekali dengan keadaan pergi interview tergesa-gesa, aku pun orang perempuan pertama yang masuk bilik interview tu, En Abu Hassan yang interview aku, soalan dalam bahasa inggeris, yang aku kurang untuk jawab sebab lidah aku amat payah nak ber'speaking', Alhamdulillah aku diterima masuk dalam kos tersebut.


Pernah aku terfikir nak tukar kos, tapi lepas satu sem di'basuh' dengan lecturer menerangkan apa itu Landscape Architecture yang sebenar, aku redha ngan kos yang aku amik dan tak bercadang pun untuk tukar kos. Jalan yang betul ke aku pilih?


Asal balik atau jumpa sedara-mara, mesti soalan pokok yang ditujukan kat aku. Sesungguhnya aku amat berat hati nak jawab sebab aku tak suka pokok dan bidang aku bukan segala-galanya tentang POKOK. Aku lebih suka jika ada orang faham Landscape Architecture sebenarnya seperti KLCC Park, Lumut Waterfront, Putrajaya.


Tangan aku lak memang jenis yang panas, bukan mudah pokok nak hidup subur kalau aku yang tanam dan sebenar-benarnya bukan aku yang minat pada pokok. Basic tau species, cara hidup pokok pun aku rujuk buku. Yang mana hafal, aku hafal.


Bila tengok National Geography mengenai Architecture, aku amat berminat, tengok bangunan yang dibina bertingkat, berlipat-lipat, complicated!..serius aku sangat suka. Mungkin aku tiada rezeki lagi ke arah bidang tu atau aku memang tak layak ke arah Architecture, Cukupla sebagai Landscape Architecture yang sinonim dengan Khalifah Allah di muka bumi sebab kami yang akan jaga Nature..








p/s: Building yang sangat menarik

Kisah demam

 Me

Semalam tengok berita, Selangor antara kawasan yang suhu sangat panas 36 darjah celcius. Semua disebabkan pertukaran angin monsun dan menyebabkan kawasan-kawasan tertentu sangat panas. Disebabkan cuaca yang panas sangat jugakla, antibodi badan aku tak kuat, jadi aku demam. T_T. Ada beberapa sebab kenapa aku tak suka demam selain redha yang Tuhan sayangkan aku sebab tu dia bagi aku sakit.

Cerita 1
Kalau demam, benda yang paling aku takut, kerja yang bertimbun-timbun tergendala.(takdelah sampai bertimbun). Yang paling tak best, if demam, kelas akan tertinggal dan yang lagi tak best kelas tu aku kene follow kalau tak aku akan tertinggal dan tak faham satu benda penting yang tak belajar.Sigh. Serius tak suka. Lagi-lagi kalau time tu ada test, presentation atau tajuk baru yang akan diajar.

Cerita 2
Yang tak bestnya demam, aku kene fikir cara nak balik umah, cara nak g klinik (memandangkan mc hanya diterima lau pegi Pusat Kesihatan Uitm sahaja), and terima kasih kat kawan-kawan aku yang sudi teman dan hantar aku lik.Serius badan aku dah menggigil sejuk dan tak tahan sangat dengan air-cond kat studio time tuh. Yang tak bestnya, aku takkan pergi klinik kalau aku dah demam teruk sebab aku dah tak larat langsung, tau nak makan panadol baring, tidur n berselimut sampai berpeluh.

Disebabkan tu juga, aku terpaksa miss quiz Arab yang 1st sebab aku takde surat mc, sebab aku tak pergi klinik pada hari yang aku demam teruk. And it really S**k. Yang paling tak best, bila petang tu aku nak g, badan aku dah sejuk sikit, panas pun tak. Kalau pergi jumpa doktor mesti tak dapat mc. Malam sikit kul 10 badan aku panas balik.hurm.

Lagi yang tak best, Pusat Kesihatan Uitm tak boleh kuarkan mc untuk hari sebelumnya, sebab dah set dalam system, mc akan dapat hari yang pergi dan seterusnya kalau demam dijanka teruk. Aku demam hari selasa, aku g klinik hari khamis sebab demam tak kebah2, badan aku dah seram sejuk balik, bila g klinik aku dapat mc dua hari tus, and tus lik umah sebab cuti seminggu. Seronokkan?

Cerita 3
Yang tak bestnya demam, aku tak dapat pergi kelas(walaupun aku ske ponteng kelas, aku de masa-masa yang best nak ponteng tapi bukan waktu demam.)Bila tak dapat pergi kelas, aku tak tahu information terkini lagi-lagi hari sebelum cuti. Aku tak tau lecturer cakap pe, tak tahu tugasan pe dengan jelas. Memang boleh minta kat member, tp apa yang member sampaikan tak seperti yang aku faham dari lecturer. Jadi memang rasa tak tenang cuti ni.huhu.


Conclusion, aku memang tak suka demam sebab ia terlampau menyusahkan kehidupan aku sebagai seorang student yang amat takut tertinggal subjek penting. =(





p/s: Alhamdulillah dah baek demam.